Hebat sangat ke korang menggunakan google?

Jika korang pernah ke satu forum, ada dia tekankan untuk gunakan google sebelum memulakan pertanyaan. Korang taw forum apa?.. Lupakan.

Skill menggunakan google amatlah penting kerana dengan keyword yang betul, keputusan dari enjin carian itu akan menemukan kita dengan bahan yang dikehendaki.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah golongan yang merasakan dirinya dah cukup terer, bak kata pepatah, ...

Hebat sangat ke?Level aku ni setakat cari software free dengan movie tu bolehla. HAHA

Jika korang dah fikir yang korang dah cukup terer untuk menggunakan google, ini ada satu cabaran yang dibuat oleh google sendiri untuk mengeTEST kepoweran korang tu.

Cabarannya dipanggil agoogleaday. Agoogleaday ialah satu bentuk permainan yang menguji tahap korang dalam skill menggunakan google. Setiap hari, akan diberi satu tugasan untuk korang selesaikan , yang mana boleh menguji setakat mana kemampuan korang.

Tiada limit dalam permainan ini. Cuma jika korang rasa dah putus asa dan terlalu penat berfikir sehingga pening-pening kepala, ada disediakan keyword yang betul bagi menemukan korang dengan jawapan sebenar bagi cabaran tersebut.

Bersedia untuk menjawab soalan? Jom ke AgoogleAday dan lihat sejauh mana kehebatan korang dalam menggunakan google.





4 Komen untuk "Hebat sangat ke korang menggunakan google?"

haha...age lak game google gini...lom de masa lagi ni.nak blas semua jejak yg minggu lpas skang ni :)

akan dicuba apabila mempunyai masa terluang. :)

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X