Budaya Cheers

Cheers yang selalu dikaitkan dengan salah satu cara untuk menaikkan semangat dan sikap perpaduan di kalangan ahli persatuan kini mulai menjadi perhatian dan perbalahan tentang status sebenar cheers.

Cheers mulai menjadi perdebatan antara ahli-ahli persatuan. Adakah patut diteruskan atau diharamkan sahaja kewujudannya yang selalu digunapakai oleh pelajar-pelajar universiti di kala musim orientasi. Pelbagai pendapat demi pendapat dikeluarkan ,tetapi yang pasti,  keputusan terakhir pastinya akan menimbulkan tidak puas hati di sebelah pihak.

Kenapakah budaya cheers ini tidak patut digalakkan? Alasannya kerana budaya ini dianggap hiburan yang tidak sepatutnya di dalam Islam bagi penganut Islam. Selain itu, ianya turut menganggu perjalanan orientasi yang sepatutnya diisi dengan benda-benda yang lebih bermanfaat. Ia juga menjadi satu media perhubungan tanpa batasan antara lelaki dan perempuan ketika sesi latihan cheers.

Jika dilihat pada sudut pandangan positif, memang budaya ini tidak sedikitpun merencatkan perjalanan orientasi, tetapi pada lahiriahnya, dilihat secara mendalam, budaya ini sedikit sebanyak ada kelemahan dan kecacatan sendiri.

Ini bukan cerita baru, setiap tahun pasti adanya kontroversi mengenai perihal cheers yang dijalankan di mana-mana universiti. Beberapa page telah dicreate bagi melihat pendapat ramai mengenai perihal ini.

Jadi, pendapat korang, patutkah budaya seperti ini diteruskan sahaja atau diharamkan serta-merta?


9 Komen untuk "Budaya Cheers"

nak tanya...aku x penah masuk u, tu pasal blur sket...
ni bukan cheers yg air tu kan?ni yg kumpulan menari tu kan.huhu...

@APAN

yg tu pn btol gak. hehe

yg mnyorak kuat2, scra berjemaah pn dikira cheers gak.

budaya ni tak ptut ada kat mana2. tp klu ikut pndangan sndri, org mlyu la pling ramai yg suka cheers ni, tgk cina, india, mmg jarang..tp bkn org mlyu, arab pun sama..

budaya cheers budaya yg suka enjoy..

oke2...aku rasa aku da phm kot.tq :)

tak tutup aurat..nampak sangat tayang ehem2 size bla3...so better haramkan benda ini...

hah btul! haramkan cheers trutama di U kita tu..isk3..sedih2

oh, pernah jadi isu ke cheers ni? tak pernah pulak tahu. yang penting saya benci apabila disuruh atau lebih tepat lagi dipaksa cheers.

dulu dekat sekolah seniors jerit2 separuh mati suruh ktorg cheer. dah lah sekolah semua perempuan. takkan nak kuat macam suara lelaki pulak kan. memang benci la.

time orientation pulak memang merepek la.. semua dah besar kot. nak main tepuk2 mcm budak kecik buat apa. tak suka jugak.

tapi ni semua macam okay lagi. tapi kalau yang paksa perempuan sorak2 jerit2 ni tak elok la. suara perempuan kan aurat. sakit kot tekak. serius.

yang pasukan sorak pegang pom pom tu yang patut dibanteras. pakai skirt. baju melekat cm swimming suit. terkangkang2 baling sana baling sini. tu yang patut dibanteras. tak elok untuk tontonan umum.

tak perlulah budaya cheers ni..percampuran lelaki perempuan yang tak berbatas. Melaung-laung benda yg tak ada faedahnya. Gaya-gaya pelik yang melampau.,tak berapa nak senonohnya...kasihanilah muslimat yang bertudung litup yg trpaksa menggayakn aksi2 pelik itu..kalau tak ikut arahan, nnti kena denda pula...apakata kalau nyawa kita dicabut masa melompat2 buat cheers tu???!

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X