Blogger Otai Follow Aku

Entry yang kerapkali aku jumpa bila berblogwalking.

Apa yang ada pada blogger otai yang takde pada blogger biasa? Satu je iaitu 'nama'. Followers biasa tak de nama, jadi takde apa yang nak dibanggakan, followers otai ada nama, kenalah diraikan. Manalah tahu boleh jadi kawan rapat blogger Otai. Siapa tak nak, aku pun nak.

Mungkin followers lain tak kisah sangat pun korang nak raikan bloggers otai ini, tetapi bagi aku, agak tidak patut untuk blogger buat perkara seperti ni. Yela, agak-agak apa perasaan follower, setiap hari datang komen entry, blogwalking siang malam ke blog korang, tiba-tiba datang seorang blogger otai follow, followers lain yang aktif komen tu pergi mamposlah, aku nak angkat, junjung, cium, peluk blogger otai ni. Memang mamposla kan.

Agak-agak kalau korang nak sambut blogger otai tu, pastikan entry sebelum-sebelum ini pun ada sedikit penghargaan korang terhadap followers lain. Barulah nampak cerdik. Jika tak, korang akan dilabel blogger yang sombong.



Kalau ada bloggers lain yang terkecil hati, termakan jantung, tak hairanlah sebab bloggers ni manusia. Tersangat kompleks. Jangan ingat seorang followers otai boleh mempengaruhi followers korang yang selama ni komen. Tanpa followers lain, korang ni kosong. Apatah lagi blogger otai nak follow.

Hendak berbangga tidaklah salah, yela, kuota untuk seorang blogger follow bukannya banyak, boleh dikatakan hebatlah jika blogger otai teringin nak follow korang. Tetapi, jangan sampai menjulang tinggi sehingga 2,3 entry korang sebut-sebut pasal tu, kucing baca pun menyampah, apatah lagi manusia.

Jadi, anggaplah semua followers itu istimewa sebagaimana istimewanya Encik Ji kepada korang. HAHA

38 Komen untuk "Blogger Otai Follow Aku"

setuju jugak. Tanpa follower yg 'biasa2' ni tak mungkin orang lain kenal blog kita ni.

En Ji istimewa...istimewa la sgt..he5

bt0l2..tapi bl0ger otai nie yg macm mana erk..??hehe..need m0re explanati0n 'b0ut 'BLOGGER OTAI'

encik JI memg sgt istimiewa
ahaksss :D

@Siti Zuraina Bte Amran

xknla xknal blogger otai. apa yg org dok pggil otai la blogger otai. ekeke

@miErah halim

kenapa ad la sangat kt blakang tu? haha.

@farah hanim

farah hanim. blnja choki choki bleh r. hehe

bagi aku, semua blogger sama ja.. semua bermula dengan tanpa nama yang femes. haha lama2 nti boley lah jadik otai.. ngehehe

Ntahnya, tak heran otai2 neh... aku dah 7 thn berblogging tak otai2 pun...

tak pernah la aku buat entry khas utk followers.hahaha..sombong ke aku??

semua blogger istimewa.
follower ke tak,
semua ca'ah sayang.
kehkeh ^^

@Jo Qusary

ala jo, rndah diri plak. jo la pling otai .:)

dlm dunia blogging..takde istilah blogger otai ke blogger biasa..
sesebuah blog yang menarik dan superb penulisannya..pasti akan ada peminatnya sendiri..
aura penulisan dlm sesebuah blog tu yang penting untuk mengangkat lagi diri dalam duni blogging ni.bukannya buat entry pasal blogger otai yang datng jenguk baru sekali.
macam encik JI kata la..kecik hati hati blogger lain..
hehe..
p/s:terlebih komen suda..hehehe

hai encik JI, blogger otai..hahaha..

Salam...blogger otai? Apa ada pada skala otai kalau income dr blog tak pernah cash out? Ada blogger yg baru berkecimpung dah beberapa kali cash out hasil dr nuffnang, adsense atau yg lain2 tuh..yg penting kita berblog ada tujuan sendiri yg kita sendiri mahukan. Bila dah famous pula jgnlah berbangga dilabel sbg otai dan sentiasa mendongak ke langit. Kita tak tahu nasib kita masa mendatang..

@pjah

bila pjah berkata2. hehe

taw xpe , wtla entry pasal pjah ke, psal mkn nasik ke, leh gk encik Ji baca. ekekke

@Luqeem™

otai . npe nk sign? ke nk buat entry psal encik Ji? ekekeke

@Abang Long

tu dia abg long. mmg btol pon. ad tujuanla yg pnting. hehe. tp ada ke orang berblog xde tujuan?

err..kenapa ayat last tu pelik? hahahaha.

sangat setuju lah. banyak kot yg mcm ni. blogger otai follow, mesti nak buat entry sebijik. tapi bila org lain yg comment bagai nak rak, tak pernah nak reply. saya dah kena bnyk kali.

ANGGAP SEMUA FOLLOWES ITU ISTIMEWA! setujuuu. :D

pss, tapi ayat sambungan tuu........... haha

hahaha..setuju sgt..alah diorg tu nak tempias je sbnrnya.. ;p

anggap je semua follower tu otai...kena buat entri setiap satu follower....ha3...confirm byk entri tu...

boleh x nak cakap ceni : exceli entri yang bloger otai tu wat bukan bez sgt pun..sebab nama je otai so berduyun yang datang..*x jelez pon

haha...yg ni aku setuju...kalau selalu sngat wat gitu. aku yg baca pun nmpak mcm nak bodek biapun dia gedik tulis entri ni bukan unsur bodekan.haha...

adil itu lagi baik :)

@cik najihah

besela kn. kalo scha alyahya follow kn best. ekekek

@.izzati liyana.

eh, xpelik aih. haha. saje je kn.

sabo jela zati. zati sound kaw2 la kt dorg nnt. ekeke

@Teha Nur Fateha

dptla sdkit tempias busuk2 tu teha. ekekeke

@Yusuf

jenuhla nk wat satu2. tp boleh je kn nk buat. drpd xupdate apa2. hehe

@yunZ

ok. ni agak mendalam. hehe. jujur tu bagus

@APAN

ha. kn bagus adil tu pan. jgn wat entry sal encik Ji lak pasni. ekeke

setuju beno ayat ko ,ape jadah otai2 neh ,die bukan tolong blog ko pom ,pikir diri sendiri ade la haha :)

Haha aku sokng statement ko.
BTL tu, pd aku la widget follower ni mcm kurang relevan dah. Wlpn di akui ada segelintir yg memanfaatkan btl2. Seakan2 bilangan follower itu adalah satu kayu pengukur lak. Apa2 pon mgkn misi segelintir blogger kot nak bnyk2 koleksi follower. kdg2 ada yg hari ni saling polo memolo, then bertahun2 c tegur pon . x jengah blog member list pon. malah yg bukan follower tu lak lebih,.

p.s : KADANG2 dan SEGELINTIR je. Yang masih relevan ttp ,masih ada :P

(oanjang gile komen haha)

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X