Ada benarnya kenyataan itu, perempuan manakah yang sanggup bersuamikan lelaki yang papa kedana? Lelaki yang tidak mempunyai apa-apa harta kecuali sebuah rumah pusaka peninggalan arwah ayah yang jauh daripada kemewahan.
Mungkin di saat bercinta, ungkapan cinta sudah mampu membuahkan perasaan. Kemewahan bukan ukuran, kekayaan tidak ku pandang,duit bukan segalanya dan macam-macam lagi. Fikiran tidak matang memberi kebenaran kepada mulut untuk berkata-kata kosong.
Tetapi pabila saat lelaki melamar, mentah-mentah ditolak atas alasan tidak setaraf. Yela, aku anak Ketua Kampung, satu kampung ni bapak aku yang punya. Kau? nak beli motor pun tak mampu, ada hati nak kahwin dengan aku.
Tidak cukup dengan itu, masih adakah si bapak dan mak mertua mahu bermenantukan lelaki miskin. Adakah mereka sanggup melepaskan anak dara yang dijaga, dibelai, dicium bertahun-tahun kepada seorang lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap?
Jawapannya cukup senang. Sekeras-kerasnya tidak. Agak mustahil di zaman sekarang yang duit mendahului segalanya.
Jadi, di manakah letaknya cinta lelaki itu? Salahkah dia menjadi anak orang miskin yang tidak mampu menyara pengajiannya.
Encik Ji : rezeki adalah hak milik Allah
17 Komen untuk "Tiada duit, tiada cinta"
dua2 penting. duit sgt penting skrg ni. tp tak gune jgk klu duit byk, tp tak bahagie sbb tak ade cinta & ksh syg. ;)
setuju dengan honeybeesyue. dua-dua pon penting. tapi orang dulu-dulu kata cinta tu boleh dipupuk. maknanya kalau tak bercinta pon, boleh berkahwin. mcm org dulu-dulu kan. tapi zaman da berubah. kalau parents tetapkan, berantakan, salahkan parents. duit pulak. dalam islam pon ade ckp biar sekufu. so, takdelah wujud ungkit-mgungkit ni bagi menjamin kebahagiaan.
hmm.. dua2 penting...
bukan nak kata apa la kan, skng maggi pun da mahal..duit tu penting. tapi bukan la keutamaan. cari la duit utk mendapat kesenangan dalam hidup, tapi utamakan lah kasih syg..jgn kerana mengejar kesenangan, sampai abaikan kan org yg syg kat kita..
kalau semua memilih yg kaya2,alamatnya org kurang kaya tak kawen la.tapi apapun,pddikan sangat penting zaman skrg.cne nak bela anak org.nak tak nak,kena berjaya demi masa depan. ;)
p/s:header lawa! :)
tak patulahkan kalau dah kawin nak dipisahkan. rezeki masing atas usaha sendiri. banyak dah terjadi yg berkelulusan rendah pun punya pendapatan lebih drp yg berijazah. yg jadi masalah kalau tak usaha cari rezeki. apa pun, pilihlah yg sekufu supaya hal mcm ni tak berlaku. carilah cinta lain. ini cinta dunia je.
ermm,cmne ek,.kalau dh Allah tetapkn rezeki die smpai tahap tu je,cmtu la die,.tp dlm mse yg same,die kene berusaha cri rezeki lebih,andaikata akn kwen ngan ank dara yg brpendidikn tggi dr die,.kalau malas nk usaha,cnfirm2 la kne tggal,.sbb zmn skang sume pnting,.duit pnting,pnddikan pn pntg,ksh syg cinta tu boleh d ppuk..hrp2 dpt jdoh org yg sekufu,amin,.
:) smua ada pndapat masing2 yang bernas.
betul tu, Islam pn menggalakkan kahwin di antara sama taraf.
Sempurnanya Islam itu.
cinta xknal apa2 pon..p kawin knal sume..
mungkin sebb zaman sekarang ni, org lebih memandang kepada kebendaan.
dalam kes nak kawen, kalao mintak hantaran rendah, naty dikata anak belajar degree bagai, sebenrnya, malu nak jawab dengan sedara mara jiran tetangga, konon tak standard.
sebab tu lah lelaki takot nak kawen. tapi janji Allah jangan lupa, rezeki itu ada dimana2=)
memang la sekufu itu penting tapi kalau setakat perbezaan pendidikan antara ijazah dengan STPM pun nak diambil kira,tu dah keterlaluan. Ijazah dengan STPM bukan jauh bezanya pun,lainlah kalau lelaki tu tak habis sekolah.
follow blog kamu (337) blog yang banyak pengisiannya....
mak saya tak kisah... yg penting pasangan kita tu ORANG. Bukan setakat manusia.
Saya dah jumpa lelaki ni ada diploma je tapi MasyaAllah hormat org tua, berusaha, peramah rajin dan pandai agama. Doakan jodoh saya dan dia tiba juga...
janji ada mykard
insyaAllah cempaka sari :)
kalo dah jodoh tak kemana.
cinta itu lahir daripada Allah, dengan kehendaknya juga cinta itu berterusan hingga ke akhir hayat. amin
Btol tu Cik Ca'ah.
tetapi orang skrg nmpk perbezaan ijazah dengan stpm tu jauh sgt.
stpm dianggp tiada apa-apa pencapaian dalam hidup.
zaman sekarang ni, duit tu penting jugak, sebab segala benda memerlukan duit. tapi, jangan lah menidakkan cinta.