Boleh dikatakan, doa merupakan sebahagian daripada hidup seseorang muslim itu sendiri.
Melihat di waktu sekarang, berapa ramai yang masih mengamalkan doa? Berapa ramai yang masih beristiqamah di dalam berdoa ketika melakukan sesuatu?
Kalau dulu di sekolah rendah, banyak himpunan-himpunan doa diajar oleh guru. Daripada masuk kelas hinggalah tamat sesuatu pelajaran. Antaranya, doa untuk memulakan pelajaran. Masing-masing semangat membaca doa apabila guru masuk, bagaikan sudah menjadi satu kemestian untuk berdoa sebelum memulakan sesuatu pelajaran. Tetapi, hari ini, di Universiti mahupun kolej tempatan, berapa ramai yang berdoa ketika ingin belajar? Masih adakah lagi amalan berdoa yang ditanamkan diri ketika kecil pada hari ini.
Doa sebelum dan selepas makan. Kebanyakan orang tahu apa itu doa makan. Tetapi, berapa ramai yang membacanya ketika di dalam KFC, Mcdonald, mahupun tempat-tempat makan lain. Secara individunya, mungkin ada, tetapi secara majoriti, Wallahualam.
Memulakan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat. Selalunya di dashboard kereta pada suatu masa dahulu, dilekatkan doa memulakan perjalanan bagi memudahkannya membaca ketika mana berada di dalam kereta. Bagaikan menjadi ikutan sehingga boleh dikatakan semua kereta ada tertampalnya sticker kecil ayat suci itu. Sekarang, walau kita punya kereta Honda, Mercedes, Chevrolet atau apa sekalipun, masih adakah lagi ditampalkan doa itu . Mungkin kebanyakan pemandu sekarang sudah menghafal doa itu. Mungkin. Atau langsung tidak peduli untuk bertawakal sebelum memulakan perjalanan.
Sebelum dan selepas bangun tidur. Tidur merupakan satu aktiviti di mana kita merehatkan tubuh badan kita. Doa dimulakan menandakan kesyukuran kita kepada Allah tentang kehidupan kita pada hari ini masih mampu diberi tidur. Dan apabila terjaga, doa diucapkan kerana masih ada lagi hari ini untuk kita. Masyarakat kita hari ini, bangun tidur terus berfacebook. Mungkin ada sesuatu yang kuat di facebook yang boleh menarik kita dari berdoa.
Amalan doa ini bagaikan asing di kalangan masyarakat kita pada masa sekarang. Masing-masing punya agama, punya kewajipan, laksanakanlah sebaiknya. Doa menunjukkan kesyukuran dan ingatnya kita kepada Yang Berkuasa dalam kehidupan seharian kita.
Encik Ji : search di internet, banyak koleksi doa
17 Komen untuk "Doa? Apakah."
skg ni ramai yg berdoa masa ditimpa bencana je.erm same2 la kita mengingati.sgt kagum dgn cara penulisan kamu.salam ziarah.:-)
sbb tu kot dulu2 kt hostel,ustaz ustazah selalu je pesan,biasakan diri qiamullail.nnt dah masuk U,dah kerja,semua benda jadi tak sempat nak buat.akan ada 1001 ALASAN.
(peringatan utk diri sendiri):)
sbb tu kot dulu2 kt hostel,ustaz ustazah selalu je pesan,biasakan diri qiamullail.nnt dah masuk U,dah kerja,semua benda jadi tak sempat nak buat.akan ada 1001 ALASAN.
(peringatan utk diri sendiri):)
skrng ni rmai yg lupa baca doa..even bismillah pun dh lupa nk baca stiap kali permulaan sesuatu..klu doa lain tu x tntu la..
peringatan utk diri sendiri.
setiap hari pun ingatkan diri sendiri membaca doa di dlm setiap perbuatan. thank dengan peringatan ini En JI
seorang muslim yg tidak berdoa selepas solat adalah di anggap sombong dengan Allah..
berdoa merupakan salah satu cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dan bukti kebergantungan kita kepadaNya.. terima kasih atas perkongsiannya.. :)
insap kejap.tQ for sharing~~ menyedarkan diri dari lelap seketika :)
selalu baca. tapi kdg2 lupa gak. nak tidur,keluar masuk tandas, makan mmg bace. tapi bgn tdo,lps mkn slalu tak bace. lps mkn setakat alhamdulillah je. tak praktikkan. lepas tu lupa semua doa. dulu tadika, dengan makna-makna sekali hafal. abim woh. :)
jgn bdoa time susah je.. time senang pn kene bdoa
tu lah. kadang2 kita ni berdoa bila benda tak best jd je. bila dh senang terus lupa. hemm. tu lah namanya manusia. tengs mengingatkan ye.
doa tu bgaikan perisai. :)
stiap perlakuan ada doa dia..
Selalu paling igt baca doa mkn dan doa naik kenderaan..Doa lain mesti lupa nak baca..Siap beli buku doa,tp baca time igt je..=)
amalkan doa sama-sama jom.
:) ni dr mata Encik Ji tentang sikap diri sendiri.
betul, bila da masuk u, doa ni kurang diamalkan..
doa senjata org mukmin