Murtad itu satu permainan?

Isu murtad di kalangan Melayu Islam.

Punca murtad hanyalah satu iaitu kurangnya pemahaman melayu itu sendiri terhadap Islam yang dianutinya.

Bagaimana seorang melayu Islam yang sudah diajar tentang aqidah keperibadian Islam sejak dari kecil lagi boleh terpesong daripada landasan sebenar Islam itu sendiri.

Jika difikirkan secara logik, kemungkinan untuk seseorang Islam yang sudah mengenal ajaran Islam dari kecil lagi boleh terpengaruh dengan dakyah daripada luar teramatlah kecil. Jika seseorang itu memahami maksud sebenar Islam itu sendiri, tidak mungkin adanya perasaan ingin murtad di dalam diri.

Kes popular yang melihatkan betapa lemahnya Islam dalam diri seseorang itu ialah contohnya kes Azlina Jailani ataupun yang lebih dikenali dengan nama Lina Joy yang menukar agamanya daripada Islam ke agama Kristian. Walau sudah 26 tahun bergelar muslim, dia masih tidak dapat memahami dasar sebenar Islam itu sendiri.

Jika difikirkan , Islam dan Kristian adalah agama yang turun daripada Allah kepada umatnya. Tetapi, sikap rakus manusia yang inginkan perubahan telah mengubah kandungan di dalam Injil sehingga menghasilkan satu versi agama yang baru yang jauh daripada konsep ketuhanan yang betul.

Lagi cerita murtad di facebook, sudah ramai individu yang mengutuk tentang kebenaran Islam apabila ditimpa kecelakaan. Cuba cermin diri korang, adakah amalan korang terhadap Yang Maha Esa itu sudah mencapai satu tahap yang extreme.

Jika ya, tidak mungkin korang akan mengeluh jika ditimpa musibah, kerana rezeki itu datang daripada Allah, malang itu juga datang daripada Allah. Kenapa harus dipersalahkan Allah bila ditimpa musibah sedangkan ketika nikmat diberi, korang bersyukur dan mengagungkan-agungkanNya. Konsep bersyukur ketika diberi rezeki samalah juga bersyukur ketika ditimpa musibah kerana dengan musibah itulah, kita dapat mengubah diri kita menjadi lebih baik.

Memetik daripada satu kisah benar, bagaimana tabahnya seorang mualaf yang baru memeluk Islam dapat bertahan dengan cacian,pulauan keluarga sendiri apabila memeluk agama Islam. Bagaimana dia mampu bertahan sehingga boleh diterima oleh keluarganya? Sedangkan kita yang beragama Islam dari kecil lagi ini tidak mampu bertahan untuk seketika apabila ditimpa musibah.

Jawapannya ialah kerana iman. Seperti lagu raihan, Iman Mutiara. Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai. Walau kita bergelar Islam, lahir daripada keluarga yang beragama, tidak menjamin kita akan mendapat satu iman yang mantap.

Murtad bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main. Islam melarang keras umatnya mempersendakan dan mempermainkan agama itu sendiri. Apatah lagi membuang agama dari kehidupan. Bekalkan diri iman yang secukupnya, kerana tidak mungkin satu hari nanti, kita juga akan turut gugur dari madah perjuangan sebenar.


Encik Ji : elakkan dari perkara kecil yang boleh menyebabkan murtad
14 Komen untuk "Murtad itu satu permainan?"

betul2.. sedih benda ni berlaku

nauzubillah..main2je diorang ni dgn agama

kadang-kadang dengan kata-kata yang terdetik di hati pun boleh menyebabkan kita murtad. berhati-hati dengan percakapan.nauzubillah. jauhkanlah. btw, nice entry!!

Lelaki Memang Tak Akan Faham Perempuan
Antara Keinginan Dan Yang Dah Tertulis

betul.. islam itu syumul..lengkap tentang kehidupan.. dari sekecil-kecil perkara hingga se besar-besar perkara.. hayatinya..

mengarut je murtad-murtad ni. tak cukup didikan agama lah tu. tak pun tak menhayati ajaran Islam sampai sesat mcm tu. kena bersyukur kita ni dilahirkn sbg islam. kalau kafir, susah nak dapat hidayah ni.

murtad satu hukum yg keras atas perbuatan yg berat salah lakunya.

maka isu murtad tidak boleh dianggap senteng. malah perkataan murtad itu sendiri sgt kritikal jika disebut kalimahnya serta di'niat' kan dan dibuat amalannya. dOsa yang mahakabir dan tergOlong di dalam calOn neraka jahannam peringkat tertinggi.

masalah yg berlaku skg, bila hati menurut nafsu beserta syaitan laknatullah, bukan akal dan fitrah.

Oleh itu, jalan paling mudah adalah bertaubat. dan sentiasa cenderung utk 'back to the basic'

kerana lahirnya insan dgn fitrah segala kebaikan, kita bukan dicipta utk membuat kerOsakan malah di cipta utk menjadi pentadbir diri dan bumi..

lencOngnya fitrah yg baik kpd perbuatan yg jahat adalah krn nafsu syaitan dan amarah semata2..

ada Otak..fikirlah sendiri..kerana Tuhan sendiri mengatakan sesuatu kaum itu takkan diubah melainkan kaum itu sendiri..

apa yang bOleh kita lakukan, saling ingat mengingatkan. i'Allah krn hidayah Allah dimana-mana dan akn diberi kpd sesiapa yg dikehendakiNya

Al Quran % sunnah asas kita, usah susah2 memikirkan hal y lain, pelajari dan dalami.mudah bukan? ok..ok.. it's sOunds easy but trust me, u'll get what u want to.. jika kita mahu kebaikan, maka kebaikanlah yg kita perolehi..

kpd para pemurtad sekalian, kembalilah sebelum terlambat kerana pintu keampunan sangat luas, Allah maha pengampun dan pengasih..

usah nanti baru mahu berdOa ingin kembali bertaubat di alam barzakh nescaya suaramu langsung tidak didengar melainkan jerit dan raungan hasil bantaian dan paluan munkar nankir.

fikr2lah..otak bukan letaknya ditumit kaki


**maaf encik jangan ignORe, terbebel pula di sini. heh

jemput singgah ke ruangan CIKGU JAJA dalam CORAT CORET CIKGU

eww..ntah pape...semoga kita semua dibukakan hati untuk sentiasa menuju ke jalan yang diredhai Allah dan ditutupkan hati unuk melakukan kemungkaran...amin~~

benda ni dari dalam diri, diri yang bergelora ikut nafsu,

Bertaubatlh kepada yg telah murtad, pintu taubat(syurga) masih lagi terbuka luas, rebutlh peluang sementara roh belum lagi sampai leher.

tapi encik kita ni tak boleh bias juga kan.kalaulah seseorg itu telah percaya bahawa yesus kristus ke atau batang paip ke yg akan membawanya kesyurga apa hak kita utk menghalang dia percaya?biarlah Allah yg Esa uruskannya

murtad itu dosa besar...... orang sekarang bukan ambik kisah pasal hal ni.... nice entry...

ORANGPERLIS MENULIS (update): Review: TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK
GOOFSPOTONFILM (update): THE MECHANIC banyak kesalahan, gempar!

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X