Pernah tak korang cuba-cuba untuk bercinta melalui facebook? Mungkin ada yang pernah cuba dan kekal sampai sekarang, dan mungkin ada yang pernah cuba dan tertipu.
Bagaimanakah sebenarnya cinta jarak jauh ini boleh berputik? Pada hakikatnya, cinta ialah satu perasaan yang wujud apabila timbulnya satu perkongsian kasih dan sayang terhadap dua insan. Bagi yang budak-budak belum matang, cinta jarak jauh ini sememangnya mudah untuk terjalin kerana masing-masing belum kenal erti cinta yang sebenar, tapi bagi yang sudah berusia, yang sudah matang untuk berfikir, adakah dengan ayat-ayat cinta sahaja sudah cukup untuk memikat hati untuk menjalin hubungan yang lebih serius?
Jawapan yang biasa dapat didengar ialah jodoh. Secara lahiriahnya, ianya mungkin. Tapi secara jujurnya dalam hati, adakah ayat-ayat mengorat dari lelaki sudah cukup membuatkan korang jatuh cinta? Benarlah kata orang, cinta itu buta dan boleh membutakan.
Sejauh manakah produk cinta jarak jauh ini? Adakah sekadar berhubung di telefon sudah cukup untuk melepaskan rasa cinta? Ataupun mengatur satu temu janji tanpa mengetahui latar belakangnya tanpa pengetahuan mak bapak korang. Adakah korang sudah bersedia untuk dibawa lari andaikata orang yang dikasihi selama ini ialah penculik bersiri mahupun tidak bersiri.
Bagi yang sudah lama berkenalan, apa kata korang kenalkan dengan mak bapak masing-masing jika sudah ada timbulnya bibit-bibit cinta. Sekurang-kurangnya mak bapak korang tahu dengan siapa korang berhubung, jika ianya betul-betul satu hubungan serius ke arah kehidupan bersama. Lelaki yang betul-betul serius tidak akan menolaknya jika dia jujur dalam perhubungan melainkan ada sebab yang kukuh menghalangnya daripada berjumpa dengan mak bapak korang.
Berhati-hatilah dalam percintaan facebook ini, kerana gambar tidak menggambarkan peribadi sebenar seseorang itu. Jika ianya satu perhubungan serius, tetapkan niat di hati, masing-masing berdoa untuk dijodohkan bila tiba masanya nanti.
Encik Ji : bosan menghadap facebook
5 Komen untuk "Cintaku di Facebook"
haha a'ah cinta pesbuk pnuh ngan pnipuan..hu3..nsa kurang nak caye =.='
bercinta melalui blog camne?
nisa da ad pkwe, yela. hoho
keroro , ada gk ek becinta kot blog? hehe
jangan percaya itu cinta.....
ce dengar lagu ni "cinta muka buku -najwa latif"