Orang kita pandai menilai?

Dont judge by its cover. Satu ungkapan Inggeris yang dipinjam lalu diolah menjadi satu frasa melayu yang berkaitan dengan ciri-ciri luaran secara amnya tidak menggambarkan keseluruhan unit manusia.

Secara mudahnya, perwatakan fizikal tidak sama sekali menggambarkan dalaman manusia. Selama ini, kita kerap kali mudah melabel seseorang manusia berdasarkan perwatakan fizikalnya.

Oh dia ni muka conteng-conteng, penuh dengan parut, ni kalau bukan bekas perompak, mesti ketua penyamun. Begitu mudahnya kita menilai seseorang itu. Seperti nya kita melihat seorang yang handsome , muka suci lagi putih, ni muka syurga ni, putih semacam je. Alahai. Yang hitam tu takde muka syurga ke bang?

Begitu jugalah tanggapan masyarakat melayu kita terhadap perempuan-perempuan di luar sana. Dengan mudahnya, kita mudah melabel seseorang itu ahli syurga mahupun ahli neraka. Ha, ko tengok tu, pakai seksi-seksi, dia ni dah konfirm ahli neraka. Lancang sungguh mulutnya bersuara.

Memang pada asasnya, berpakaian tidak menutup aurat akan dibakar oleh api neraka, walau sehelai rambut sekalipun, tetapi mungkin untuk waktu sekarang, tetapi masa hadapan siapa yang tahu? Mungkin dia akan berubah ke arah lebih baik, dan mungkin kita yang melabel seseorang itu ahli neraka akan jadi lebih teruk daripada dia ketika mana dia seksi.

Tugas utama kita di dunia ialah untuk beribadah kepada Allah, dan menjalankan amal makruf nahi munkar, bukan untuk menentukan perihal perkara ghaib hak milik Allah.

Jika kita sudah boleh meramal seseorang itu untuk ke syurga atau tidak, kita bolehlah disamakan dengan kaum mayan yang sibuk meramal hari kiamat.


Encik Ji : ada jugak yang luar buruk, dalam pun buruk.
7 Komen untuk "Orang kita pandai menilai?"

sebab pekmakaian adalah muka depan.... jadi org akan nilai itu dulu..


” Nizam Ijam Dot Com”

mulut org encik JI.. takleh nak tutup.. :) ada jeh tak kena kat mata kan.

kalau first impression tu biasalah, sebab tak kenal lagi kan

tapi 1st expression tu penting,sebab menilai manusia ni cam da jadi perangai manusia,so kita kena jagalah penampilan kita ^^

satu kesalahan akan menenggelamkan sejuta kebaikan Encik Ji.

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X