Kenapa media Malaysia berat sebelah?

Media-media utama di Malaysia berat sebelah?

Mungkin korang semua dah tahu benda ni, yang mana semua media utama di Malaysia sememangnya berat sebelah. Tak perlu disentuh hal-hal politik berat untuk bercakap mengenai ketelusan.

Bilamana korang baca berita harian, metro, utusan , semuanya ke arah membela kerajaan dan membidas pembangkang. Tiada satu pun perkara yang baik di pihak pembangkang bila korang baca hal-hal ehwal semasa. Cuba korang buka berita harian online, dan cari artikel yang memuji pihak pembangkang, berapa banyak yang ada?

Adakah semua editor di dalam Malaysia ini memihak kepada pihak kerajaan? Bila bercakap mengenai adil, seharusnya kerajaan tidak harus menggunakan kuasa veto di dalam negara untuk masuk campur di dalam media cetak. Biarkan media yang menjalankan tugas secara telus, bukannya hanya tahu membodek.

Di dalam dunia penyiaran pula, memang teramatlah jelas tv3 berada di pihak kerajaan. Kami tidak bodoh untuk menilai, apatah lagi untuk berfikir. Ketidaktelusan media menghebahkan berita hanyalah merosakkan nama-nama di sebelah pihak pembangkang. Mungkin pihak pembangkang tidak pernah menyumbangkan apa-apa berbanding pihak kerajaan, tetapi jangan lupa, tugas utama korang ialah menyebarkan kebenaran kepada rakyat, bukannya menyokong sebelah pihak semata-mata.

Jika media yang ada sekarang tidak melibatkan diri kepada mana-mana parti politik, corak penyampaiannya akan lebih meyakinkan rakyat untuk memilih yang terbaik. Dan bagi aku, aku tidak menyokong mana-mana pihak, aku cuma mahu melihat keadilan.


Encik Ji : nasib baik blogspot tak masuk mengundi
19 Komen untuk "Kenapa media Malaysia berat sebelah?"

bodek kuat media malaysia nie.. haha..

salah satu sebab ss malas nak tengok berita kat tv3.. hoho

bacalah SINAR HARIAN, telus lah sikit dari UTUSAN dan berita harian tu. Betul ni tak tipu....

xyah tengok news,buka Youtube..baca star paper..habis cerita

no komen. cuma nk ckp politik ni payah. tak tahu lah mana yang patut. sy tak mengikuti pon benda-benda ni semua.

sape yg x pasan mende ni xtau la.huhu...aku pun naik muak kalau tengok berita kat rumah.tengok berita tb9 la.pendek sket... :)

good article. my opinion, we should judge it by ourself. jgn mudah terpengaruh dengan media. sememangnya, kehadiran pembangkang ada baiknya sebab blh meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kerajaan dari pelbagai segi, cuma kadang2 tak boleh terima jika tuntutan melampau yang diminta. harap masing2 pandai2 lah menilai.

dulu minat politik, tp makin lama makin tak minat!

sgt btol. media ni kuat bodek.
byk btol yg tak adil..
tak telus..
hihihi

xde yg pelik pun..
kalau bace news dari pihak pembangkang..xde pun penah bercerite bende baik tentang kerajaan..same je 2x5..
masing2 ade kepentingan msing2..
kalau nak dpt jwpn dari permasalahan ni..bace je news dari due2 pihak + dari pihak atas pagar..pasti dpt jwapan yg selama ni diragui..PEACE~ ^^

Betul jugak yer, cer tengok akhbar pembangkang, semua cerita yang baik-baik pasal kerajaan. Tak pernah burukkan kerajaan pun kan..

tugas media, sampaikan berita or fact kepada pembaca or rakyat. and what happen today is totally another way around. heh

tugas media, sampaikan berita or fact kepada pembaca or rakyat. and what happen today is totally another way around. heh

mane mane pon still akan ada berat sebelah XD

media ada dua aliran..media arus perdana dan media bukan arus perdana..

cer try kaji apa beza keduanya :)

betul jugak tu. Sepatutnya hal rakyat lagi diutamankan.

@APANA

Aku pun tak suka tgk berita baik tv1 - tv9..

kalau tgk pun bab2 yang xsiden, hak manusia, bab politik jer
aku dah alih ke lain.. nyampahhhhh..

Mana demokrasi,media je dh brat sbelah...parlimen dah bubar pon brt sblah lg...

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X