Ada satu persoalan yang keluar daripada mulut-mulut si jahil yang tidak tahu erti sebenar hudud itu. Satu soalan yang cukup membuktikan dia seorang yang sudah benar-benar terpengaruh dengan dakyah barat. Persoalan si jahil itu berbunyi, "sudahkah rakyat di Malaysia bersedia untuk menggunapakai hudud? bagi aku, hukuman yang sudah ada di Malaysia sudah cukup untuk menghukum dan memberi kesedaran kepada pesalah. Lagipun , banyak yang terpaksa diubah bagi menerima hukuman hudud ini."
Bagi yang tidak tahu hukum hudud itu, pasti akan mengangguk-angguk setuju. Jangan lupa, asal kita dari mana, lahirnya kita untuk apa dan siapakah kita sebenarnya? Kita lahirnya dari tanah hak milik Allah, kita lahir untuk beribadat kepada Allah, dan kita ni ialah hamba Allah. Jika hukum Allah ditolak semata-mata kerana mengikut hukum manusia, di manakah taatnya kita sebagai hambaNya yang menumpang hidup di bumiNya?
Kenapa perlu dibandingkan dengan mereka yang bukan Islam, yang tidak pernah mengakui kewujudan Allah itu sendiri. Bagi kita yang sudah mempunyai aturcara hidup sendiri, gunakanlah sebaiknya, apa ertinya kemerdekaan yang kononnya sudah dikecapi selama ini? Mungkin kita masih terikut-ikut dengan cerita dalam dan luar yang ditinggalkan oleh penjajah pada suatu masa dahulu sehinggakan takut untuk menegakkan kebenaran Islam itu sendiri.
Jangan jadi bodoh sombong. Mungkin di mata pihak kerajaan, pembangkang ialah seteru. Kenapa perlu diikut kata mereka? Tetapi jangan lupa, pihak pembangkang hanyalah menyampaikan apa yang Islam itu sendiri tuntut, Allah itu sendiri yang mengarahkan taat kepadaNya. Tidak ada yang salah untuk mendengar dan mengikut apa yang baik walaupun ia keluar daripada mulut lawan.
Mungkin kita terlalu takut untuk menerima perubahan dan pemimpin itu sendiri takut untuk membuat perubahan. Jadi, tidak hairanlah, jika pada suatu hari nanti, pabila rakyat Malaysia itu sedar betapa lekanya mengikut telunjuk hukum sekular, akan bersama-sama bangun menuntut hukum Islam.
Encik Ji : hukum Allah hukum alam
10 Komen untuk "Hudud, Hukum Manusia mengatasinya."
hukum hudud merupakan cara terbaik untuk membendung jenayah.bukti dah ada,masa zaman Rasulullah dulu,tak banyak jenayah yang berlaku berbanding zaman sekarang. ni semua sebab kita terikat dengan perkataan 'tamadun'. kenapa kita nak ikut orang Barat yang menganggap hukum hudud tu tak bertamadun?
klau ikut cara dan peraturan zaman nabi, aman malaysia ni
islam dah lengkap syumul.. dari sekecil2 perkara hingga yang besar2.. lagipun hukum islam adalah dalam bentuk pengajaran. ingat senang2 ke nak jatuh hukuman potong tangan? ingat senang nak hukum pancung? semua ada syarat2 yang cukup teliti..
saya rasa hudud patut dikenakan pada yang bersalah . kalau hukum ini dilaksanakan di malaysia , kemungkinan mereka yang mahu berbuat jahat , lebih takut nak buat demikian...
Hukum islam hukum yg penuh dgn pengajaran, bukan untuk menakutkan. Islam itu indah. Hukum islam menjamin keadilan yg sebenar .
setuju..mungkin kite yg takut untuk terima perubahan..tapi kalau laksanakan hukum hudud mungkin kita lebih disiplin...
terjah dan follow blog nih. : )
tp nak buat cmne,, pemerintah ngra kita sndr menolak hukum Allah nie..
hukum hudud pernah hendak dibuat kat ganu, tapi tak jadi.
arrayah.info - Arahan Khalifah di Negara Islam Global (Daulah Khilafah Islamiyah) akan Laksanakan Hudud, Syariat Islam secara keseluruhan