Mata lelaki

Jika korang lelaki, dan korang ada mata, ambil masa membaca ini.

Bagi lelaki, mata ialah salah satu perkara paling susah hendak dijaga. Rosaknya hati kerana mata, tetapi terangnya hati juga kerana mata.Walaupun korang pakai contact lens warna apa sekalipun, mata tetap susah dikawal.

Maksud menjaga mata ialah bukannya menjaga mata daripada rosak dek kerana menonton televisyen 24 jam, tetapi menjaga mata daripada melihat perkara-perkara haram. Mata lelaki sememangnya boleh membunuh dirinya sendiri.

Jika berlakunya pertembungan antara lelaki dan perempuan, kebanyakan daripada lelaki, matanya akan tertumpu kepada muka dan seterusnya bahagian dada perempuan. Tetapi, ada juga jenis lelaki, melihat ke dada perempuan barulah dilihat mukanya.

Orang perempuan seringkali menyalahkan lelaki apabila dikaitkan dengan kes-kes skodeng. Perbandingan antara situasi akan sedikit sebanyak membuka mata kita. Jika korang sebagai lelaki ,sedang lepak-lepak minum kopi di warung, tiba-tiba datang 3 orang perempuan , yang sorang tu bertudung dengan jubahnya yang besar, sorang lagi, juga bertudung tetapi memakai pakaian ketat, dan sorang lagi perempuan yang tidak bertudung,memakai short pants dan berbaju singkat. Antara 3 orang perempuan ni, yang manakah mata lelaki yang lebih cenderung untuk melihat?

Jawapannya cuma ada 2 kemungkinan, di antara yang tidak bertudung dan juga yang bertudung, berpakaian ketat. Mengikut mata lelaki biasa, yang bertutup dengan jubah tu cuma akan dilihat pada rupa parasnya, itu pun untuk beberapa saat, lalu dialih pandangan ke arah perempuan yang lebih menggiurkan. Kecuali mata lelaki miang dan gila seks tahap kritikal, mereka lebih sukakan benda yang tertutup, tapi secara mudahnya, orang ini digelar sexmaniacs. Bagi lelaki normal, perkara seperti itu tidak akan berlaku kerana keinginannya hanya kepada benda yang terbuka dan diberi percuma untuk dilihat.

Tapi, tidak semua lelaki mempunyai mata seperti itu, bagi lelaki yang mantap imannya, pandangan maksiat itu boleh dihalang.

Jadi, sebagai lelaki biasa, walau kita insan yang lemah , tidaklah sempurna, tapi cubalah jaga mata kita,jangan terlalu mendambakan diri kepada nafsu dan bagi perempuan, berjaga-jagalah dengan mata lelaki.


Encik Ji : sakit mata
9 Komen untuk "Mata lelaki"

assalamualaikum

bahaya jugak mata lelaki nie...ish333 peringatan tuk perempuan2 di luar sana...labuhkan baju serta tudungmu...

dangerous..amik iktibar

Jaga hati, lawan nafsu, jaga mata

itu la..dua2 la kene jaga..kan baik tu..ehe

entry menarik la,,can i share it at my blog??
mynameisaishah.blogspot

hahah memang betul juga apa yang di bincangkan tu, sekali sekala mata memang nakal juga ahaks,

mungkin ada jugak lelaki yang hanya memandang mata tanpa melihat ke bahagian dada.:) wallahualam

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X