Bagi korang yang sekarang ni masih dalam proses pengajian , di Universiti mahupun kolej sekalipun, pernahkah terfikir ke mana arah tuju selepas habisnya belajar?
Jika ditanya kepada semua, jawapan yang diberi kebanyakannya sama, masing-masing masih lagi blur. Sepertimana yang korang tahu, setiap tahun, peratus pengangguran akan menaik secara mendadak. Kebanjiran graduan secara tidak langsung menyumbang kepada satu persoalan, apakah guna nya sambung belajar sehingga tamat ijazah jika tiadanya peluang pekerjaan?
Waktu sekarang, hanya yang bernasib baik dan juga mempunyai contact dalaman yang akan didahulukan. Mungkin bapa korang sudah bergelar CEO di sebuah syarikat terkemuka, jadi tiada masalah bagi korang untuk bekerja. Tapi, apa pula nasib anak-anak petani, nelayan? Adakah akan disingkirkan kerana tiadanya ketinggian reputasi ibu bapa mereka di mata masyarakat.
Mungkin korang cemerlang di waktu pengajian, tetapi adakah itu mencukupi untuk meyakinkan majikan untuk mengambil korang sebagai pekerja? Bahasa English yang menjadi perantaraan utama di seluruh dunia menjadi aset utama untuk seseorang bekerja. Kelemahan untuk berbahasa juga menjadi kecacatan untuk pelajar cemerlang mendapat tempat.
Subjek kejuruteraan yang diminati oleh kebanyakan lelaki juga tampak bersaing sengit di mana-mana universiti tempatan. Subjek ini menjadi pilihan kerana konon-kononnya dipandang tinggi oleh masyarakat dan juga mendapat gaji yang tinggi, tetapi pernahkah korang terfikir, rata-rata universiti awam mempunyai subjek kejuruteraan, jika sebuah syarikat hanya memerlukan 3 pekerja, agaknya di mana tempat korang untuk bersaing dengan 10ribu juta pelajar kejuruteraan yang lain?
Walau korang bergraduat dari apa-apa bidang sekalipun, jangan takut untuk mencuba kerja di bidang lain. Mungkin ada suara-suara angkuh yang berkata, apa gunanya ilmu yang korang belajar dahulu jika tidak digunakan ketika bekerja. Tetapi, adakah berdiam diri tanpa bekerja lebih baik dari bekerja di luar bidang korang? Mungkin belum tiba masanya untuk menggunakan kepakaran korang tu.Cuma percayakan qada dan qadar yang mana setiap perkara itu sudah ditetapkan oleh Allah.
Tahun-tahun yang mendatang, siapakah aku?
Encik Ji : bersyukur dengan kerja
2 Komen untuk "Tahun-tahun yang mendatang, siapakah aku?"
Ini yg aku bgtau student aku bila diorg dpt kursus yg tak sama dgn minat diorg...
Sy la tu, bidg yg sy mik skg x sme ape yg sy mint. Tp sy yakin ade hikmah sy dicampakkan ke bidg ni, alhmdulillah. N sy akui sy sndri pn msih blur lg spe sy ms akn dtg, tp insyaAllah sy nk mncuba plbgai bidg dan x terlalu memilih. Moga Allah redho .