Handsome atau alim?

Khas buat perempuan.

Jika diberi pilihan untuk memilih pasangan, yang manakah akan korang pilih?

Lelaki handsome atau lelaki alim?

Jika si handsome itu punyai badan yang tough, muka macho/cool/jambu, kulit putih, kaya, semuanya cukup lengkap kecuali agamanya.

Jika si alim itu gemuk yang amat, muka ala kadar, kulit tak berapa cerah, kehidupan sederhana , tetapi lebihnya dia punya agama.

Mungkin ramai yang akan menjawab alimlah menjadi pilihan. Mungkin jujur atau hanya sekadar kata-kata yang diterjemahkan melalui penulisan.

Persoalan ini kerap kali bermain di fikiranku. Kegilaan remaja perempuan sekarang terhadap penyanyi, pelakon yang punyai aset menarik. Adakah itu mencukupi untuk dijadikan pasangan hidup?

Komen ikhlas daripada korang diperlukan.

Encik Ji : dua-dua tak
31 Komen untuk "Handsome atau alim?"

tapi hati yg suci lg bersih/alim lg bagus. :)
tak kesah sgt dah ngan org hensem ni..

hihihi..kalau boleh nak dua-duanya tapi boleh kah??..

org yg baik untuk org yg baik(=

bella - hensem la gk kn. hati hsenm.

lia - xleh. plih satu je. hehe

yang hensem bile dah tua tetap akan kerepot kulit tuh . . .
kecantikan/kehenseman seseorang tuh xkan kekal lame ~~

dua2.. hehe... tp prefer alim la..:)

for me, both. alim paling penting. biar tak sesat dan tak tarik kita buat maksiat. handsome tak perlu sangat tapi perlu ada rupa dan jaga kebersihan. kalau pilih yang alim tapi kita tak suka fizikal dia tak boleh jugak. nanti bergaduh main ejek-ejek. "dah la gemuk. ada hati nak dekat orang pulak." lebih kurang lah macam tu. huhu. pendapat ikhlas dari Izzati Liyana.

Saya tamak. Kedua-duanya saya nak. Ehehe.

thnk you for your feedback. hehe. mcm2 ada ya

jujurnye haku suke gile usha mamat jambu..sumpah memang tak lepas mata aku..mmt nsem ak x pndg ngat.. ak penah skandal ngn kebnyakan mmt nsem.. mostly dari dowang even solat n baik tapi bab sex dorang very open..so ak rase cam x sesuai ngn aku..n ak kapel dengan mmt yg xnsem, baik n ak rasa leh jadi imam haku. even dgn psgn haku xdpt nk cuci mata tapi x salahkan usha mamat jambu lainn..weeee..sekadar lihat keindahan ciptaan tuhan..x slahkn ?

prmpuan bnyk pilih yg hensem skrg..
laki bnyk pilih yg muslimah..haha
pning2..

pmpuan kalau nak demand2 nak ensem sgt pon takleh gak.nanti kena kebas.hahah.janji sedap mata memandang.

alim?kalau dapat,bonus la.tapi at least yg boleh bimbing pmpuan.

tapi,kalau ALIM+HENSEM=SUPERBONUS la.hahaha.

kalau dapat dua2 tu bonus namanya =) tapi alhmdulillah sy dpt yg biasa2 (^^)

jujur laa.. yg ensem paling di pandang.. tp kalau ensem berlagak baik xpyh ahh.. jalan dpn perempuan control..bajet. hipokrit nak mati..

yg alim. bukan xpndang, pndang juga tp layakkah diri ini.

untuk pelakon memang lah nk tgk yg hensem je tapi untuk calon suami nak yg alim.

Bakal suami saya sederhana dari semua elemen yg kamu bagi ni. Jadi tak suah nak buat keputusan. Ilmu tu boleh dipelajari lagi. Hensem tak boleh ehhe

klu syu, syu nak dua2. hehe. ;p nk hensem & alim sekali. huhu.. tp, klu ditakdirkan dgn yg x hensem, tapi alim, syu terime. sume serah pada jodoh. ;)

hensem tu bila2 masa boleh hilang. tapi jika lelaki tu ada agama, bagi saya dia sangat hensem.

perempuan perlukan lelaki yang mampu bimbing dia ke jalan yang benar bukan?

tepuk dada, tanya iman. bahagiakah kita jika memiliki sekadar pada rupa tapi bukan agama. :)

pilihlah yg alim!!
yg kacak sume tu adalah bonus utk anda.. :)

bila dia alim , dia mesti ada personaliti yg elok , bila dia ada personaliti yang elok , tambah dengan sifat gentle man , yang tak ensem pun boley jadi ensem .

saya nak semua sederhana..yg plg pntg, blh jdk imam saya..:)

alim! :)
insyaAllah menjamin akhirat jugak

okeh, tea jujur taknak hipokrit okeh. HENSEM.

tp memang lah nk yg ALIM. so how? xD

sorry saya menyampuk (sbb entri 4 girls...hihi)
pada saya, semua perkara perlu dijadikan pertimbangan... pilihlah seorang lelaki yang memiliki kelengkapan untuk memenuhi fitrah berumah tangga... biarlah dia memiliki akidah, akhlak yang mulia, harta yang mencukupi untuk memberi nafkah, sihat akalnya, mulia hatinya, berwibawa untuk memimpin dan mendidik wanita tersebut & mampu membahagiakan dan memenuhi keperluan emosi wanita itu sendiri... nampak perkahwinan mudah, namun, biarlah perkahwinan itu membawa sekali redha & kasih dari Allah... jgnkan mengejar rupa & harta, kemudian cacat pula rumahtangga tanpa nilai akidah dan akhlak mulia... jgn dikejar sgt ketinggian ilmu agamanya, tapi, kaki pukul, pemalas & sebagainya... bijaklah wanita memilih pasangan kerana anda memiliki hak di situ... fikir2kanlah :) salam ukhuwah- razmankamarudin

Tea - nanti Encik Ji tlg cr yg ad due2 pakej. nak? hehe

Bgus Razman. itu yg terbaik.

-kalo alim, tp panas baran pn xkemana . right?

-perkahwinan ni satu perkongsian hidup tuk jgka masa pnjg. jdi, plihla yg bleh didik dan jaga kita.

best dpt abg yg alim.. hensem dihati <--- mmg betul. :D

yg berduit..he..he.. syarat utama solatnya tak tinggal.

konsep dia sama dengan lelaki. lelaki suka mengusha perempuan yang cantik,terdedah sana sini,tapi kalau nak kahwin mesti nak cari perempuan yang elok elok bukan? perempuan pun sama jugak,kami mungkin akan crush to someone yang ada pakej,good looking,tapi kalau nak buat ketua keluarga,nak cari lelaki yang hatinya hensem jugak :)

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X