Dangdut itu seni?

Apabila disebut dangdut, mesti benda pertama yang korang terbayang-bayang ialah gelekan maut lucah si dangduters.

Ceritanya di sini, perlukah dangdut ini dipelihara dan dijulang-julang oleh muslim?

Di manakah kuasa penguatkuasa untuk menghalang maksiat secara terbuka ini? Maksiat yang tertutup dicari-cari, sedangkan yang terbuka ini dibiarkan berleluasa sehingga dijadikan satu mata pencarian bagi golongan-golongan yang sudah terpengaruh dengan wang ringgit hasil gelekan bontot.

Yang menghairankan, kebanyakan daripada dangduters ini terdiri daripada muslim, yang berlatarkan agama Islam, yang tahu apa itu hukum halal dan haram. Adakah membangkitkan nafsu lelaki itu halal? Oh, goyang bontot itu tidak mendatangkan nafsu mungkin.

Di Malaysia sendiri, ramai yang sudah terpengaruh dengan dangdut gendut ini. Gelekan maut itu bagaikan menjadi satu ketagihan kepada dangduters untuk terus gelek sehingga ke akhir hayat tulang belakangnya. Nama-nama besar seperti Ifa raziah, Mas Idayu dibiarkan bebas menggelek-gelek tanpa halangan oleh pihak berkuasa yang kononnya berpaksikan Islam. Sehinggakan stesen-stesen televisyen turut mengambil kesempatan mengadakan rancangan yang berunsurkan dangdut.

Isu gelek gerudi Inul yang tidak dibenarkan memasuki ruang alam Malaysia. Ada bezakah gelek gerudi dengan gelek bontot oleh artis Malaysia?  Ianya tetap menuju ke arah satu jawapan, haram. Mungkin tahap haram itu diukur berdasar tahap kelentikan bontot untuk menggelek,mungkin. Jika kurang geleknya, maka haramnya tak berapa dikira. Bodoh ke bangang?

Perlukah gelek itu ada dalam dangdut? Identiti sendiri? Orang kenal dangdut melalui gelek? Menjijikkan.

Jangan kita jadi jahil dengan menutup mata tentang maksiat versi baru yang diolah menjadi satu seni.


Encik Ji : layan kopi dangdut. dut dut
14 Komen untuk "Dangdut itu seni?"

pling xsuka lgu dangdut..hehe...

betul.. yg terang lg bersuluh x di tentang.. aku pun xsuka dangdut.

tak suka dangdut.

sekarang dah benci dikir barat yang umpama dangdut.

murahan betul

kalau m daud kilau gelek mcm mana plak? hehe

aah betul tu, kenapa takde org nak marah gelek2 tu ha? heh! tak malu ke apa tayang2 -.-

kalau diprotes, sudah tentu ada yg lg kuat di atas yg memprotes..

mungkin ada lagi suara sumbang membawa pelbagai bukti untuk menegakkan benang yg basah..

kerna apa?
sebab sudah asyik dek gelekan pinggul

ekekekee babaun sungguh babun!! >.<


woi. jom tukar link. masukkan aku kat bloglist kau. kite exchange. macam best pulak blog ekau ni. hoho

ekekekee babaun sungguh babun!! >.<


woi. jom tukar link. masukkan aku kat bloglist kau. kite exchange. macam best pulak blog ekau ni. hoho

memang bodoh bangang..inul lagi teruk walaupun best :D

entry baru : teruja berganti duka

haha. seni lah sangat. nasib baik lahai tak minat. pelik-pelik je orang sekarang ni. dangdut dengan suami or isteri sudahlah. tak faham mengapa perlu tunjuk 'seni' tu dengan memalukan diri sendiri.

dangdut sampai gelek maut tu mmg tak minat lah. macam ape je.

tpi dangdut ni pun bukan femes mcm dulu dah...
kalau tengok artis nyanyi kat tv skang ni pun, aku dah x nmpak sngat lagu dangdutnya....
haha...

saya ske dangdut...n first of oll..when said dangdut saye xpernh pun terbaygkn gelekkn pinggul...xcuse k...sape2 yg terbaygkn mmg berfikiran teeettttttt...lu fikir la sendri....

aku suka gak dangdut..dangdut dakwah macam rhoma irama.. dia punya fil..bab goyang2 aku geli tenguk..aku rasa dangdut is deadlah kat malaysia ni..Stress... ubat nya takwa dan iman - rhoma irama

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X