Pemilihan nama anak teramatlah penting dari segi maknanya.
Tetapi, orang sekarang suka meletakkan nama anak punyalah panjang sampai tak cukup satu muka surat, tetapi tidak mempunyai makna. Bukanlah hendak dikatakan yang tiada punya maksud itu tidak elok, tetapi yang punyai maksud sendiri lebih bermakna.
Lagi satu masalah, nama dah cukup cantik , tetapi sayang , perangai tak berapa nak elok. Ni takkan nak salah mak bapak kot? Mak bapak tak tidur malam nak fikirkan nama anak yang elok-elok, yela, harapnya perangai pun turut sama elok apabila besar ni, tetapi bila dah besar, jadi samseng, kaki pukul, malulah sikit.
Nama-nama rasul diejek kuno? Lagi satu masalah di kalangan orang kita. Kononnya nama-nama seperti itu sudah tidak relevan lagi di dunia sekarang. Dunia sudah maju, kita pun kena maju. Korang ingat nama-nama rasul itu tak maju ke? Tu nabi utusan Allah, insan terpilih, korang apa? Setakat boleh bonceng RXZ, sikitpun tak heran.
Nama-nama pelakon luar negara dipilih. Ni sedikit konflik identiti di kalangan ibu bapa. Terlalu dambakan drama-drama jepun, korea, english, sampaikan nama anak pun ditiru bulat-bulat dalam filem tu. Jangan bagi nama superman dahla, takut besar nanti, pakai spender kat luar.
Watak tuhan dalam mitos greek. Ini memang ada kat malaysia. Tuhan-tuhan greek dijadikan nama anak? 99 nama Allah yang punyai maksud mendalam taknak pula ditiru. Zeus, poseidon, hercules,apollo dijadikan pula diletak di dalam surat beranak. Ni terlebih maju ni.
Bila dah popular, nama kenalah komersial. Nama ko kampung sangatlah, tukar sikit bagi cantik. Korang sebagai peminat mesti ramai yang tak tahu nama sebenar artis kan. Gunalah nama mak bapak bagi, biarlah kampung sekalipun, tetapi sekurangnya, kita berbangga dengan nama itu. Takyah dok bandar sangatlah.Sedar asal-usul.
Korang macam mana? kekeke
Encik Ji : adik-adik panggil abang je kat rumah
Followers
Artikel Pilihan
-
Ringan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selagi tidak pancut dalam...
-
Keyboard warrior. Istilah yang diberikan kepada mereka yang berjuang di keyboard, tapi di dunia sebenar, hanyalah seorang pengecut yang ...
-
Dari sudut pandangan seorang lelaki, apakah yang lelaki tidak suka pada perempuan? Topik ini dikeluarkan selepas satu perdebatan antara j...
-
Phonesex yang menjadi kegemaran pasangan sangap ini jelas semakin menjadi-jadi pada masa sekarang. Golongan yang terdesak ini melepaskan naf...
-
Pernah menjadi seorang kanak-kanak yang meminati kartun, sedar tak sedar, di dalam kartun yang pernah ditonton itu, terdapat lagak lucah yan...
-
Tajuk artikel aku yang sememangnya panjang lagi maha sampah tu menunjukkan betapa berseninya aku. Aku pun tak fahamla apa masalah pengarah...
Ruangan Iklan
Trafik Lalu Lintas Blog
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
18 Komen untuk "Ada apa dengan nama?"
hai, nama saya izyan. :DDD
nanti dah kahwin nak bg nama anak simple sajalah. satu nama. dah, cukup takyah lelebeh.
awal bebenor rancang nyerrrrr :DD
nama saya izzati liyana. ada maksud taw. kekuatan dan kelembutan. ceit. haha.
tulah. susah pulak kalau mak bapak moden sgt ni. tak elok la kalau nama takde maksud. mungkin kita tak tahu maksud dia tapi ada maksud tak baik untuk bahasa lain pulak. bahaya.
so, better letak nama anak nama islam yang ada maksud. cakap tu kan doa. mane taw slalu panggil nama dia, jadilah dia cmtu. tak semua pon sikit jadi lah kan. dapat tempias sikit.
nama sy maisarah. pendek,ringkas bermakna. xde la susah nk tulis borang smpai tak ckup space. hehehe
haa, nama saya ajuwah... erk, agak unik kot sbb setakat nie x de lagi nama cam nie.. najwa, ajua ada la.. hehhe, apape pon, salam kenal :)
nam saya aiman.. bukan aiman tak kisah..
nama sy nor faiezah insyaALLAH ade anak nnti sy nk kasi nama yang simple je....ceh2, insyaALLAH nak suami yng namanya juga bermula dengan nor .....hahahaha, niway e3 yg bagus...:D
encik ji dah komen kt blog sy psl nama ari tu.hikhik.
sy mmg tak tau maksud nama sendiri.*kesian.diri.sendiri
tapi apa pun,syukur dgn nama diberi.:)
Salam!!! Sudah follow. :)
eh eh??? kenapa sume org pun bgtau nama dulu before komen hahaha :DD
haha..biase org yg pkir gitu tu knon2 up to date sgt..
nama biarlah ada maksud, kerana itu yang membentuk diri sebenarnya :)
tahu takpe, sbb nama kan masing2 de maksud yg baik..
tp ape kes yg nama manja pulak..haha
err nme gua agak pelik. pusing 1 dunia pn belum tentu jumpe nme yg sme cm gua. ;D
mksud pn smpai ari ni ayh n mak gua rhsiakan T__T
ape2pun yg pnting perangai kena cantik. :) ok
nama saya ringkas jep..tapi lam blog kne ekslusip sikit..buahahaha..
p/s:kat umah adik2 pggil kakak je.hahaha
aar betol betol betol... perangai biasanya dirujuk pada nama... kan kan kan.... hem... +___+... salam perkenalan ^_^
Nama saya panjang tapi ada siti dan nur hehe
tapi benar, kena ambil berat kalau bagi nama kepada anak kelak..nama panggilan itu suatu doa..kalau maksud nama tak elok..maknanya org mendoakan yg tal elok plak nnti huhu
nama kampung tu lah yg baik. ;)