Si Lelaki bermulut manis

Siapa-siapa yang pernah kapel memang takkan lari dari ayat-ayat manis yang selalu lelaki cipta ataupun ciplak dari mana-mana buku pujangga cinta yang boleh dibeli dari mana-mana bookstore sekalipun. Ternyata, probability untuk si perempuan terjerat adalah tinggi kerana perempuan ialah satu jenis makhluk yang mudah cair apabila dipujuk, dirayu , digoda walaupun hanya sekadar dengan satu ayat yang keluar dari lelaki bermulut manis ini.

Lelaki yang dikatakan bermulut manis juga dikatakan seorang yang romantik, pandai mengambil hati dan juga seorang yang agak lawak. Lelaki jenis ini menjadi rebutan perempuan-perempuan di era akhir zaman ini. Tapi ada mulut-mulut sumbang berbau petai yang mengatakan lelaki bermulut manis juga seorang yang boleh dikategorikan sebagai buaya emas yang mana setiap mangsa yang terjerat, pasti akan dibahamnya.

Fakta itu memang ada betulnya tapi bukan bagi semua lelaki kerana bagaimana Asyraf Imam Muda yang bermulut manis mampu dikategorikan sebagai buaya? Suaranya lunak , orangnya romantik, berperwatakan, budi pekerti yang baik secara zahirnya dan insyaAllah juga pada batinnya. Jadi, secara mengantuknya dapat dikatakan tidak semua lelaki bermulut manis ialah buaya.

Lelaki yang bermulut manis juga sering dikaitkan dengan kebahagiaan rumahtangga. Seorang suami yang pandai menjaga hati si Isteri seharusnya seorang pemimpin keluarga yang berjaya. Tapi, ada ceritanya, si suami yang masam tiba-tiba bertukar menjadi manis, mungkin ada kemanisan lebah yang akan muncul dalam keluarga.

Cuma ingat, kebahagiaan yang sebenar bukanlah datang dari kata-kata, tapi datangnya dari niat suci yang suci dan ikhlas. Kata-kata yang manis hanyalah penambat keceriaan di kala duka.


Encik Ji : Nak try join Imam Muda nanti :)

6 Komen untuk "Si Lelaki bermulut manis"

nsa ad soklan nih !! semut suka mnis kan ? tapi nape semut x hurung mulut lelaki yg suka tabur jnji2 mnis ek ? =='

Tak semua lelaKi bermulut manis itu buaya. Saya pun teringin nak jadi lelaki bermulut manis ni. bukan untuk jadi buaya tapi lebih kepada ayat curahan kasih kepada isteri tercinta. Bagus entry Encik Jie.

Kepada Miss Purple:

Kenapa semut tak hurung mulut lelaki tabur janji2 manis tu saya ada jawapannya.

Sebabnya semut takut nak hidu bau mulut lelaki macam tu. Kot2 termakan najis gigi nanti.

tq admin :) suami mestinya nk yg terbaik wat isterinya.

miss purple . hehe. dgrla tu encik admin ckp. :p

laki prmpuan sama je mudah digoda cuma bntuk godaan tu yg berbeza.. tp perempuan ni mmg fitrahnya pndai mengoda, ingat tak kisah nabi adam & hawa yg mkn buah dilarang tu.

bermulut manis pling bgus apabila setiap kata-kata direalitikn dgn perbuatan, tak gitu?

haha oke2..jwpan yg boleh dterima :)

mohon share...

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X