Tarikan Seksual Baju Kebaya

Baju kebaya dikatakan satu warisan melayu yang mahu dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman. Pelbagai aktiviti mahupun kempen diadakan bagi memupuk jiwa kekebayaan dalam diri rakyat Malaysia. Jelaslah, pemakaian kebaya diterima dan disambut meriah oleh semua golongan terumata golongan remaja.

Baju kebaya kerap kali diperagakan ketika hari raya ataupun event-event yang memerlukan seseorang itu menyerlah dan menjadi tumpuan ramai. Selalunya setiap perempuan yang merasakan dirinya cantik mempunyai sekurang-kurangnya sepasang baju kebaya.

Soalnya disini, adakah budaya yang mahu dipelihara ini betul-betul berguna bagi masyarakat? Jika dari segi kebudayaan, memang ianya satu unik dan menarik untuk dipamerkan,  dari segi coraknya mahupun tarikan seksualnya bagi lelaki.

Pakaian sendat yang menampakkan kemontokan tubuh badan yang gebu lagi masam itu jelas memainkan watak penting dalam merosakkan iman si pemerhati. Jika dilihat, pemakaian kebaya itu lebih berkesan jika dipakai secara ketat sehingga susah nak bernafas bagi menyesuaikan diri kepada si pemakai. Lebih ketat, lebih Ummph.

Tidak cukup dengan itu, selalunya pemakaian kebaya ini disesuaikan dengan kain yang jarang supaya menampakkan bahagian dalam yang sememangnya diingini bagi setiap yang bernama lelaki. Walaupun jarang, tetapi selalunya kebaya dikenakan dengan pakaian dalam kononnya dapat menutup apa yang tersirat.

Bertepatan dengan proses pemodenan, pemakaian batik juga harus disesuaikan dengan fesyen tidak bertudung anak gadis zaman sekarang. Jadi, alang-alang tidak bertudung,  kain kebaya dicarik-carik bagi menampakkan betis yang putih mahupun yang hitam. Jadi, lengkaplah pakej pemakaian kebaya moden malaysia.

Apa relevannya pemakaian seperti ini dipelihara? Adakah kerana semata-mata mahu mengagungkan budaya sampaikan menolak syarak.


Encik Ji : tahun ni raya nk pakai baju apa ek?
7 Komen untuk "Tarikan Seksual Baju Kebaya"

nak pakai jubah..(tiba ja)hehe..

kalau sampai tahap menolak syarak baik takyah dipelihara..kepatuhan terhadap syarak tu yang kene jaga...

Kaktus : elok gak tu, tp jgn pkai yg versi sexy nyer. hehe

Anon : tu yg kita nk dgr dr pmimpin :)

betul2.....buat la baju kebaya longgar@ besar (ader ke) ihihihihi....

betul2..buat lah kebaya labuh..jangan bagi nampak sgt bentuk badan si pemakai..

yang ni semua nak nampak lawa, self confidence la katekan XD

dari dulu smpai skrg semua nak seksi.
seksa mate yg tengok ni.

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X