Mengagungkan cinta dalam lagu

Pengabdian cinta dalam lagu boleh dikatakan jadi fenomena bagi komposer-komposer lagu untuk menghasilkan sebuah karya. Tak perlu tengok jauh, di Malaysia sendiri , kisah cinta dijadikan model utama dalam kebanyakan lagu. Pentingkah cinta dalam sesebuah lagu ?

Lagu cinta senang mendapat tempat di kalangan pendengar. Mungkin itulah sebab berlakunya kebanjiran lagu-lagu cinta di Malaysia. Jika dibandingkan dengan nasyid, juga berkisarkan cinta, tetapi konsep cinta terhadap ukhrawi itu kurang menarik minat pendengar.

Kumpulan-kumpulan nasyid seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz , UNIC dan banyak lagi kurang mendapat perhatian media berbanding dengan kumpulan-kumpulan rock cintan zaman 70,80 an yang masih mengekalkan populariti hingga kini walaupun kebanyakannya dah bersara dari dunia muzik. Begitu hebatnya kuasa cinta ini.

Apakah sebabnya cinta dijadikan penceritaan utama dalam sesebuah lagu? Fikirkanlah. 

Encik Ji : ingat zaman-zaman cinta  monyet dulu. :p



2 Komen untuk "Mengagungkan cinta dalam lagu"

mentality masyarakat melayu itu sendiri yang inginkan sedemikian...terlalu inginkan hiburan.

asyk dgr lagu cinta, jom kite tukr dgr lagu ..lagu ape ek

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X