Sayangkan kekasih, Jarak-jarakkan.

Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang, bertambah sayang.

Betul ke duduk renggang-renggang boleh menambahkan kasih sayang?Adakah hanya sekadar lirik lagu mahupun kata-kata pujangga. Tidak, itu memang fakta yang betul-betul terjadi. Contoh yang paling jelas ialah apabila korang duduk berjauhan dengan family di Hostel, time tu homesick bagai apa, rindukan family tersangatla, tapi bila kat rumah, rindunya hilang!

Konsep renggang-renggang atau berjauhan sama lah maksudnya yang mana membawa maksud menjarakkan diri. Jadi, secara ringkasnya, kalo korang sayangkan gf/bf korang , jarak-jarakkanlah diri. Sebab kasih sayang akan bertambah.

Tapi, hari ini, majoriti pasangan kekasih menggunakan pendekatan duduk dekat-dekat, u raba i , i raba u, itulah cinta. Adatlah kan raba meraba tu , cintanya pasal. Opss, raba meraba tak semestinya raba benda yang tersirat, benda yang tersurat seperti  berpegangan tangan pun diistilahkan meraba oleh Kamus Jangan Ignore!. Adakah betul fakta yang mengatakan raba-meraba ni akan menambahkan kasih sayang?

Ya, memang betul. Bagi pihak si perempuan, apabila tangan mereka dipegang, rasa kasih sayang tu makin bertambah kerana berlakunya ' heat transfer ' yang sudah cukup untuk menyembuhkan penyakit kanser sekalipun.

Tapi adakah sama di pihak lelaki, mungkin Ya, mungkin Tidak dan juga mungkin Ya pada peringkat awal, dan mungkin membosankan pada 2-3 tahun mendatang. Itupun kalau korang masih kekal bersama. Di saat bosan ni, perempuan-perempuan yang masih suci dari diraba akan dicari untuk diraba oleh kumpulan Laki yang bosan dengan barang-barang lama yang sudah diraba.

Jadi, kenapa pertaruhkan kasih sayang itu di tangan kekasih sedangkan suami/isteri korang yang masih suci, bersedia untuk berkongsi kasih sayang sehingga ke anak cucu. Jika di peringkat awal raba meraba sudah menjadi permainan kasih, apa istimewanya sebuah perkahwinan ? Mana manisnya perkahwinan? Adakah hanya dengan memakai baju pengantin sedondon pada hari perkahwinan sudah menjamin kebahagiaan 10 tahun mendatang?

Tanamkan prinsip di dalam diri, hanya suami/isteri aku je yang mampu bagi kebahagiaan yang suci dan juga berkekalan. Janji-janji manis Bf/Gf korang tak semestinya akan tercapai kerana takdir menentukan segala-galanya.

Kalo korang ingin berkasih sekalipun, amalkan 'sayangkan kekasih, jarak-jarakkan'. Ia akan jadi lebih manis pada saat yang mendatang.




Encik Ji : rindu zaman-zaman hostel dulu :(

7 Komen untuk "Sayangkan kekasih, Jarak-jarakkan."

tapi kalau da x leh dijarak2 an..camne..winduuuuu

bleh.. hehe.. try dlu sblom ckp xleh :)

hahaha..iye le tuh..ni yg awak ckp mcm ni awk konfom pakar dlm becinta..bunyi cam pro jekkkkkk?ap petua yekk

ish..Encik Ji just suke observe je. hehe. kalo nk petua , kna tnye org tuala.. Encik Ji muda lg. hihi

mahu copy ni entry..sgt best,..huhu

En JI,toksah lah dok boh gambaq2 seksi dlm blog ni.bt sakit mata ja tgk..tp sy setuju la ngan pndgn En JI tu.

sexy ek. hehe. ok. thnk you anon.

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X