Facebook : Media Rangkaian Syaitan

Pernahkah korang terfikir, apakah facebook sebenarnya?

Jika ditanya pada  bebudak celik IT, jawapan yang di bagi ialah satu rangkaian sosial dimana tempat kita berhubung dengan kawan-kawan.

Pada sudut positifnya, jelas sekali dengan Facebook, komunikasi lebih mudah terjalin , tapi kita tidak sedar, ia juga menjadi pangkalan dosa harian.

Semestinya di Facebook, korang ada meletakkan gambar-gambar untuk tatapan kawan-kawan tapi yakinkah gambar-gambar itu cukup syarat untuk dipaparkan?

Cuba bayangkan si Wanita yang FREEHAIR, gambar-gambar korang yang mendedahkan rambut yang cantik itu ditatap oleh seribu kawan Lelaki anda di facebook. Sebanyak manakah dosa itu dikumpul?

Si Wanita yang MENJAGA AURAT, yakinkah korang yang pakaian yang korang pakai itu cukup untuk membuatkan mata si Lelaki tidak tercari-cari.

Si lelaki yang melihat memang akan mendapat dosa, tapi si Wanita yang memaparkan gambar tu lebih berdosa kerana menaikkan nafsu si Lelaki yang memang takkan padam ni.

Jika difikirkan, dosa ini akan berterusan sehinggalah korang tidur. Sedar tak sedar, ada yang menyimpannya sebagai koleksi untuk cucian mata. Cuba bayangkan azab Allah dengan dosa-dosa yang kita kumpul hari-hari tanpa kita sedari dengan hanya meletak gambar di Facebook. Nauzubillah.

Tak salah ada akaun facebook, tapi jangan disebabkannya, dosa kita berpanjangan tanpa disedari.

Facebook: Media rangkaian Syaitan, lebih banyak negatif berbanding positif

Encik JI : ramai kawan-kawan FB yang pkai baju mcam tak pkai


6 Komen untuk "Facebook : Media Rangkaian Syaitan"

comel lah syaitan dekat gamabr signboard facebook itu!

mmg banyak keburukan dari kebaikan.. huhuhu

huhuhu...skrg dah xde fb...lega sgt...fb twitter segala mcm dah tutup...blog je ade...

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X