Seni Kreatif Pada Rumah Oleh Ndebeles, Suku Kaum Afrika



Ndebeles adalah suku kaum Afrika yang tinggal di Afrika Selatan dan Zimbabwe yang dianugerahkan bakat seni yang jelas tampak pada struktur binaan rumah didiami mereka dan juga hasil kraftangan.Tiada fakta yang jelas mengenai suku kaum ini cuma Ndebeles difahamkan datang daripada suku kaum yang besar merangkumi 2/3 suku kaum di Afrika.

Perbalahan antara keluarga menyebabkan suku kaum Ndebeles terpisah kepada 2 tempat iaitu di Afrika Selatan dan Zimbabwe. Di afrika selatan, terdapat 2 kumpulan kaum yang menetap di situ iaitu Manala dan Ndzunda yang memperkembangkan rumah abstrak dan dikenali meluas dengan 'Ndebele of The South Africa'

Pahlawan Ndebele digeruni oleh kaum yang lebih kecil dan menyebabkan suku kaum yang diperangi menyertai suku kaum Ndebeles. Akibat daripada itu, perkahwinan campur terjadi dan percambahan budaya mulai berlaku. Disebabkan kepelbagaian budaya inilah yang menyebabkan lahirnya idea kreatif penghasilan rimah yang berukir abstrak itu.

Difahamkan juga, pernah berlaku pertempuran besar antara Ndebeles dan Boer dari Belanda yang menyebabkan mereka tewas. Akibat daripada itu, hak kebebasan mereka mulai ditindas. Simbol-simbol digunakan sebagai bahasa perantaraan antara mereka bagi mengelakkan dikesan oleh pihak Belanda. Pihak Belanda tidak memahami simbol itu dan hanya menganggap ianya hanyalah satu hasil kreatif yang dihasilkan oleh suku Ndebeles.


Lukisan di dinding ini hanyalah dilakukan oleh kaum wanita Ndebeles dan diturunkan dari generasi ke generasi. Rumah yang cantik dilukis dan diwarna menandakan wanita di dalam rumah yang didiami itu ialah seorang yang baik dan bertanggungjawab. Wanita ini bertanggungjawab untuk melakar di dinding rumah, pagar dan isi dalam rumah.

Revolusi lakaran berlaku dari semasa ke semasa dilakukan oleh suku kaum Ndebeles. Lakaran mereka makin bertambah baik dan unik. Ada juga simbol BMW dilakar pada satu-satu rumah di daerah Afrika.

Antara tempat yang menarik untuk melihat hasil seni ini ialah di Mapoch. Tempat-tempat lain yang boleh dikunjungi ialah di Mpumalanga, Kwazulu-Natal Utara dan sempadan antara Swaziland dan Mozambique.















Sumber gambar dan artikel

http://www.reckontalk.com/the-painted-houses-of-the-ndebeles-17-artistic-talent/
https://www.flickr.com/photos/claudevoyage/8951891498
https://en.wikipedia.org/wiki/File:Ndebele-women-loopspruit.jpg
https://www.flickr.com/photos/claudevoyage/8951883654
https://www.flickr.com/photos/claudevoyage/8951879688
https://www.flickr.com/photos/claudevoyage/8951869754
https://www.flickr.com/photos/bricasa/8504643656
https://www.flickr.com/photos/nickpellegrino/5875389630
https://www.flickr.com/photos/nickpellegrino/5874827123
https://www.flickr.com/photos/21679463@N04/4808010389
https://www.flickr.com/photos/bencito_traveller/4764173254
https://www.flickr.com/photos/hukalo/4399346418
https://www.flickr.com/photos/jan_spatina/4332228110
https://www.flickr.com/photos/fiverlocker/4270139028
https://www.flickr.com/photos/109318884@N02/11046625336
https://www.flickr.com/photos/14735924@N06/3078949129
https://www.flickr.com/photos/girolame/3054382752
0 Komen untuk "Seni Kreatif Pada Rumah Oleh Ndebeles, Suku Kaum Afrika"
 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X