Penjaga Gol Tepuk Punggung Pemain Dilayangkan Kad Merah


 
SEORANG penjaga gol dilayangkan kad merah selepas menepuk punggung pemain lawan dalam satu perlawanan di Honduras baru-baru ini.

Tindakan yang jarang berlaku itu menimpa penjaga gol kelab Marathon, Junior Morales ketika pasukan tersebut menentang Real Sociedad dalam Liga Nacional.
 
Morales didapati bersalah oleh pengadil kerana segaja menepuk punggung pemain pelawat pada minit ke-50 permainan.

Bagaimanapun pemain yang disentuh punggung tidak melakukan sebarang tindakan termasuk melawan atau meminta pengadil mengambil tindakan.

Kejadian luar biasa itu kemudian mengundang ketidakpuasan hati pegawai dan pemain Marathon yang enggan meneruskan permainan.

Dalam perlawanan itu, Marathon berjaya mengikat Real Sociedad 1-1.


Sumber berita dicopy secara terus daripada :

Untuk livestream perlawanan-perlawanan penting bola sepak, sila ke 

Untuk info mengenai perlawanan dan ulasan bola sepak, sila ke facebook



0 Komen untuk "Penjaga Gol Tepuk Punggung Pemain Dilayangkan Kad Merah"
 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X