JDT Dipuji Oleh Indonesia?

Sudah menjadi adat, yang terbaik akan dipuji. Sepertimana perlawanan JDT semalam, JDT juga diberikan pujian oleh page facebook penyokong bola sepak Indonesia berikutan  beberapa faktor yang dilihat pada dasarnya sememangnya patut dipuji.

Sememangnya satu yang boleh dibanggakan apabila perlawanan dalam kelompok kelab-kelab di Malaysia juga ditonton oleh rakyat bukan Malaysia khususnya rakyat Indonesia yang kita tahu seteru utama Malaysia di dalam perlawanan Bola Sepak. 

Berikut adalah printscreen yang mana page Facebook daripada Indonesia ini memuji JDT dan disokong oleh beberapa penyokong Indonesia sendiri.


Antara pujian yang diberikan ialah mengenai peminat JDT sendiri yang memenuhi setiap ceruk ruang di dalam stadium. 

Dan juga antara isu yang dipuji ialah stadium JDT yang menarik, score board, bench pemain yang diibaratkan seperti bench yang selalu dilihat di EPL dan juga jarak penyokong dengan padang yang dekat.

Seharusnya, perubahan kualiti yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor terhadap stadium kebanggaan mereka sememangnya wajar dipuji dan diakui oleh kebanyakan peminat bola sepak sendiri. 

Walaubagaimanapun, apabila melibatkan Malaysia, ada jugak komen-komen yang tidak menyenangkan daripada peminat bola sepak Indonesia itu sendiri.


Sikap admin page ini yang memandang positif terhadap perkembangan bola sepak Malaysia seharusnya dipuji. Sikap seperti ini harus diambil iktibar oleh pasukan lain di negeri Malaysia sendiri.

Bagi yang meminati liga Indonesia, boleh like page Info Liga Indonesia di facebook untuk perkembangan dari semasa ke semasa.
0 Komen untuk "JDT Dipuji Oleh Indonesia?"
 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X