Artikel ini diambil terus dan dikredit terus kepada MalaysiaKini Segala pernyataan yang dikongsi diambil daripada sumber artikel http://www.malaysiakini.com/ bertarikh 16 Oktober, Jam 1246PM.
Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah berkata kerajaan tidak sewajarnya melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekiranya ia semata-mata untuk membayar hutang yang ditanggung kerajaan.
"Masalah cukai ini, bukan kita boleh buat keputusan dengan mudah kerana dia menyentuh poket setiap seorang, kemampuan setiap seorang. Jadi kalaulah tujuan kita perkenalkan GST kerana nak kumpul duit, kerana nak mengurangkan hutang yang ditanggung oleh kerajaan, itu salah.
"Tetapi kalau kita perkenalkan GST kerana semata-mata kerana nak mengenakan setiap orang rakyat di Malaysia yang berkemampuan supaya menyumbang kepada pembangunan tanah air saya rasa bagus kerana bukan semua orang di Malaysia ini menyumbang.
"Pokoknya, patut ke kita kenakan GST kerana dalam keadaan sekarang kos hidup meningkat? Bila perkenalkan cukai baru, banyak orang marah, tak senang hati," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi ucaptama di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.
Selain itu, anggota parlimen Gua Musang itu turut mempersoalkan sama ada April tahun depan merupakan masa yang sesuai untuk mengenakan cukai tersebut.
Malah, tokoh Umno yang mesra dipanggil Ku Li itu turut menyuarakan rasa kebimbangan orang ramai sekiranya jumlah cukai sebanyak enam peratus itu akan dinaikkan lagi selepas ini.
"Pada April nanti akan dikenakan sebanyak enam peratus. Tetapi entah berapa banyak yang akan dikenakan selepas itu. Itu ramai yang khuatir sebab yang naik tidak semestinya turun. Dia akan naik lagi. Itu yang orang bimbang," katanya.
CGT cukai baru, bukan pengganti
Mengulas bajet alternatif Pakatan Rakyat berhubung Cukai Keuntungan Modal (CGT), kerabat diraja itu berkata cukai itu bukan pengganti yang bagus kepada GST dan hanya dikenakan kepada golongan peniaga sahaja.
"Ia bukan pengganti yang bagus. Ia cukai baru. Mana ada ganti. Sebabnya, yang dicadangkan oleh pembangkang ialah orang yang meniaga sahaja.
"Dulu kita dah guna tapi saya dah hapus benda itu kerana keadaan (ketika itu) kemelesetan. Nak bayar cukai keuntungan macam mana kalau dia tak ada untung pun.
"Jadi tak munasabah. Ia bergantung pada keadaanlah. Kalau keadaan memaksa kita untuk tambah pendapatan negara dengan mengenakan kadar yang lebih tinggi atau cukai yang baru, itu soal pertimbanganlah," katanya lagi.
Ditanya sama ada kini masa yang sesuai untuk melaksanakan CGT, Ku Li berkata keadaan tidak mengizinkan.
"Saya rasa keadaan tak begitu mengizinkan kerana kita belum lagi menjadi lebih maju untuk nak melabur. Pasaran saham sekarang ini tidak begitu bagus," katanya lagi.
Pada Isnin lalu, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, kira-kira10 peratus orang terkaya di Malaysia mengawal lebih 77 peratus nilai saham di negara ini.
Sehubungan itu, beliau berkata, cukai CGT yang dicadangkan belanjawan alternatif Pakatan jauh lebih relevan dan tidak menyusahkan sebahagian besar rakyat miskin yang terjejas dengan GST.
*Ku Li adalah seorang pemimpin yang tidak hanya tahu mengangguk apabila disuruh bercakap. Beliau mempunyai pendapat tersendiri walaupun kadang-kadang bertentangan dengan keputusan kerajaan.
*Jika beliau sendiri turut merasa kita akan terbeban, siapa kita untuk berkata ya untuk semua perkara yang dicadangkan oleh pemimpin. Adakah ini konsep 1Malaysia, Rakyat diutamakan yang dijaja sini sana, tapi pada hakikatnya, menindas rakyat di sebalik kata-kata manis.
Berani kerana benar, berani untuk berubah, hanya untuk kesenangan. Jangan biarkan kerajaan sewenang-wenangnya mempergunakan kepentingan rakyat dan memperkayakan kroni yang tak pernah merasa kepedihan menjadi rakyat miskin.
Home
»
GST
»
ku li
»
malaysia
»
malaysiakini
»
pas
»
pkr
»
tengku razaleigh
»
umno
»
GST Untuk Bayar Hutang Kerajaan?
Followers
Artikel Pilihan
-
Ringan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selagi tidak pancut dalam...
-
Keyboard warrior. Istilah yang diberikan kepada mereka yang berjuang di keyboard, tapi di dunia sebenar, hanyalah seorang pengecut yang ...
-
Dari sudut pandangan seorang lelaki, apakah yang lelaki tidak suka pada perempuan? Topik ini dikeluarkan selepas satu perdebatan antara j...
-
Phonesex yang menjadi kegemaran pasangan sangap ini jelas semakin menjadi-jadi pada masa sekarang. Golongan yang terdesak ini melepaskan naf...
-
Pernah menjadi seorang kanak-kanak yang meminati kartun, sedar tak sedar, di dalam kartun yang pernah ditonton itu, terdapat lagak lucah yan...
-
Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari lagi ramadhan akan mencapai penghujungnya. Walau mulut masih berbau daging goreng yang dimasak deng...
Ruangan Iklan
Trafik Lalu Lintas Blog
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
1 Komentar untuk "GST Untuk Bayar Hutang Kerajaan?"
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل