Kebenaran #3 : Malaysia Negara Kroni


Malaysia negara kroni? Pernyataan yang sesuai menggambarkan keseluruhan malaysia. Apa bukti yang Malaysia sebuah negara kroni? Lihat sahaja kepada pucuk pimpinan mana-mana pertubuhan, berapa ramai yang berjaya dengan usaha sendiri daripada bawah, dan berapa ramai yang mengharapkan kepada hubungan persaudaraan untuk mendongak tinggi ke atas?

Itulah realiti kehidupan. Yang lemah akan ditindas, yang kuat akan terus berjuang, yang dilindungi hidup senang lenang.

Malaysia ada undang-undang. Salah bercakap dikenakan tindakan. Puji melambung dijulang-julang. Yang kecil, benar tapi tiada sokongan akan sentiasa dipandang hina. Di mana kebebasan mengeluarkan pendapat? Ya, bebas mengeluarkan pendapat, tetapi masih lagi terikat dengan konsep kebebasan itu sendiri. Kita manusia hina dilarang menegur usul keturunan diraja, kerana darjat mereka jauh lebih tinggi daripada kita. Jadi dimana hak kebebasan bersuara itu sendiri? Kita manusia hina.

Untuk berjaya dalam hidup, anda ada 2 pilihan. Belajar bersungguh-sungguh, dapat keputusan yang terbaik, menjadi 1 yang terbaik di dalam seribu orang kelompok pelajar, dan anda akan berjaya. Atau anda boleh menjadi orang yang ke 2, cukup berstatuskan bapa orang kenamaan, anda pasti boleh terbang tinggi tanpa punya usaha.

Bagi manusia hina seperti aku, terpaksa berusaha keras untuk menjadi yang terbaik. Tapi, macam mana baiknya aku, pasti akan ada yang lebih baik daripada aku. Redha. Lumrah hidup. Aku hanyalah seorang manusia yang tiada pangkat, apatah lagi arwah ayahku bukannya bangsawan.

Aku sentiasa berharap agar sesuatu akan berubah. 'Sesuatu' yang tidak boleh dinyatakan kepada umum di negara aku yang bebas mengeluarkan pendapat, kononnya.

Encik Ji : Insan kerdil

3 Komen untuk "Kebenaran #3 : Malaysia Negara Kroni"

Sangat setuju .. malaysia negara kroni

Betul tu... Sebelum terlupa, berkaitan pertanyaan Encik JI di blog zumal. Entri tersebut adalah entri berbayar. Zumal hanya siarkan mengikut kehendak customer zumal. Untuk pertanyaan sila hubungi customer zumal seperti di link yang telah disertakan. Terima kasih ^_^

Antara sebab negara ni banyak masalah dan akan musnah adalah kerana terlalu banyak kroni di dalam pentadbirab negara.

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X