Ramai orang bercerita mengenai serangan di Sabah. Walaupun aku tak tahu sangat perihal cerita ni, tapi yang aku tau , dah ada yang gugur di medan peperangan ini.
Sepanjang hayat hidupku, cerita peperangan hanyalah berlaku di dalam movie di panggung wayang, ataupun hanyalah di dalam televisyen di luar barat. Peperangan yang banyak mengorbankan nyawa umat manusia di muka bumi. Tapi sekarang, aku dapat lihat sendiri peperangan itu di negara tercinta, Malaysia.
Sebak rasa hati melihat orang yang tidak bersalah gugur di medan peperangan yang hanya kerana berebutkan secebis harta dunia. Apakah tiada keadilan di dunia ini sehinggakan berakhir dengan kehilangan nyawa?
Gambar arwah pejuang bersama keluarga menjadi tatapan aku pada masa ini. Apakah perasaan si isteri arwah yang kehilangan seorang pemimpin keluarga untuk memimpin anak-anaknya? Apakah pula perasaan anak-anak yang menunggu belaian kasih sayang seorang insan yang bergelar Ayah? Ya Allah.
Sungguh ku tak sangka, masih ada lagi segelintir manusia yang masih mampu bergelak ketawa dan membuat lawak tentang berita seperti ini. Apakah mereka ini tidak punya perasaan? Atau adakah aku yang terlalu emosional dan mengikut perasaan? Setakat yang aku faham, aku taknak benda ini berlaku kepada semua orang, apatah lagi kepada keluarga aku. Ya Allah.
Tak cukup dengan tu, ada lagi unsur-unsur politik yang cuba diserapkan oleh para-para pejuang radikal parti politik di Malaysia. Kebencian aku terhadap parti-parti politik di negara ini semakin membuak2 dek kerana komen-komen bodoh daripada pihak2 tertentu. Tinggalkan fahaman politik seketika, dan cuba membantu mengekalkan keamanan malaysia la bodoh. Tak perlu untuk tuding jari kepada mana-mana pihak buat masa ini.
Marilah bersama berdoa agar Malaysia kembali aman sejahtera.
Encik Ji : Allah. Selamatkan Sabah.
Followers
Artikel Pilihan
-
Siapa tidak kenal Ahmad Bin Maslan, Timb. Menteri MITI yang mewakili warga Pontian membela nasib rakyat. Walaupun hebat dan cemerlang di dal...
-
Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang m...
-
Orang selalu kata, lelaki selagi tak cukup kuota 4, selagi tu mencari-cari. Maknanya, kalau dah cukup kuota 4, laki tu akan setia kepada yan...
-
Putus cinta dah menjadi satu kemestian untuk pasangan yang pernah bercinta. Ibaratnya kalau tak putus, tak sah bercinta. Nikmatnya bercint...
-
Hadiah apa yang patut untuk diberi kepada si Isteri? kalo bukan isteri pun, orang yang tersayanglah. agak-agak citarasa perempuan ni macam...
-
Dikir barat yang sememangnya terkenal di negeri Kelantan sememangnya diakui dunia. Bukan sekadar dalam negara, malahan turut ada kelab-kela...
Ruangan Iklan
Trafik Lalu Lintas Blog
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info



0 Komen untuk "Allah. Selamatkan Sabah."