Korea adalah satu fenomena yang tak berapa nak baru di Malaysia. Aku pun tak tahu bila fenomena ni wujud, tahun ini? tahun lepas? 2 tahun lepas? Korang sebagai perempuanlah jawabkan.
Apa yang aku tengok, korea ni lebih menjurus kepada perempuan, walaupun ada sebilangan lelaki yang turut sama meminati korea. Apa yang ada pada korea takde pada aku yang kacak ini? Itu lagi persoalan yang 'wajib' dijawab oleh golongan perempuan. (hairan)
Secara keseluruhan , ikhlas dan jujur nya, tiada masalah sebesar kuman pun meminati korea ni, tetapi akan jadi masalah bila binatang-bintang korea ini diagung-agungkan ibarat tokek yang kononnya harga boleh mencecah ratusan ribu. Perempuan-perempuan ini bagaikan dirasuk dan meracau-racau apabila melihat artis korea yang mereka kenal. "Ahhh, kacaknya mamat tu, auuww! " kata mereka. Lalu dibalas oleh kawan sebelah " tula, geram nak picit-picit pipi dia". Oh Man.
Kegilaan perempuan terhadap bintang korea ini bagaikan penyakit berjangkit. Bila sorang-sorang perempuan minat korea, maka perempuan-perempuan di sekelilingnya secara automatiknya akan turut sama minat. Pendapat aku satu je, faktor penarik perempuan terhadap korea ini ialah HANDSOME dan PUTIH serta MATA SEPET tambah STYLE RAMBUT. Itu je.
Lantaran itu, jejaka-jejaka di Malaysia ini turut sama mencuba nasib dengan menggayakan fesyen korea. Tapi, malangnya, tak semua melayu itu putih, tak semua melayu itu mata sepet, tak semua melayu itu hensem. Maka, ada yang berjaya, dan ada juga yang berjaya gagal dengan jayanya.
Nama-nama korea seperti ( korang listkan, aku tak tau ) dah jadi macam satu virus kepada perempuan-perempuan di Malaysia. Habis poster dilekatkan di bilik, tak cukup dengan tu, laptop dihiasi dengan muka-muka mamat korea tadi. Berpuluh-puluh folder khas disediakan untuk menyimpan gambar , beratus gigabyte dipenuhi dengan cerita-cerita korea yang penuh jiwang dan sweet.
Tapi, disamping minat korea tu, hero-hero dalam Islam jangan dilupakan. Memanglah tak pernah melihat wajah-wajah mereka, tetapi kerana merekalah kita hidup senang dalam Islam sekarang. Kalau orang tanya, siapa itu Ibnu abbas, Anas b Malik, Muaz Ibn Jabal, agak-agak boleh jawab tak? Kisah mereka ternyata lebih menarik berbanding cerita Fullhouse mahupun My Gf Is Gumiho. Jangan terlalu mengagungkan korean sehingga sirah-sirah kita tidak pedulikan mahupun lupakan.
Bertapak di bumi nyata, buka mata, buka hidung, kenali diri.
Followers
Artikel Pilihan
-
Ringan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selagi tidak pancut dalam...
-
Keyboard warrior. Istilah yang diberikan kepada mereka yang berjuang di keyboard, tapi di dunia sebenar, hanyalah seorang pengecut yang ...
-
Dari sudut pandangan seorang lelaki, apakah yang lelaki tidak suka pada perempuan? Topik ini dikeluarkan selepas satu perdebatan antara j...
-
Pernah menjadi seorang kanak-kanak yang meminati kartun, sedar tak sedar, di dalam kartun yang pernah ditonton itu, terdapat lagak lucah yan...
-
Phonesex yang menjadi kegemaran pasangan sangap ini jelas semakin menjadi-jadi pada masa sekarang. Golongan yang terdesak ini melepaskan naf...
-
Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari lagi ramadhan akan mencapai penghujungnya. Walau mulut masih berbau daging goreng yang dimasak deng...
Ruangan Iklan
Trafik Lalu Lintas Blog
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
7 Komen untuk "Korea Vs Perempuan"
Lepas meletupnya muzik K-pop,artis Malaysia pun terikut-ikut cara korea..tapi ada yang melampau-lampau dan menjadikan situasi "makin teruk"
Tapi, apa pun selamat berjaya kepada siapa yang mencuba :P
Eh eh. Saya tak minat korea la. Saya jarang layan. Hoho. Nama pun tak tahu.
akak tak minat korea tapi minat Indo, suka Ustaz Ilias haaha, cinta bertasbih
saya minat korea bukan minat pada orangnya. minat cerita mereka, show mereka. because they are creative. tapi taklah minat menggila. just suka tengok and akan tengok kalau boring sahaja. yg fanatik dengan org2 tu tak tahulah. ala, muka semua muka komik, jambu2. tu buat jatuh hati kot? entah. yang org Msia nak ikut jadi korea tu xleh diterima sgt. buruk rupenya. bawak-bawaklah sedar diri.
serious wei aku tak minat korea. tapi ofismate aku hari2 layan drama korea jam 8 malam kat astro byond hd. terpacak kat depan tv. ntah apa lah yang best sangat ntah. aku pun tak tau
saya pon minat gak. Tapi xde la obses. Bila obses tu bahaya tu...
Haah... dorang handsome!!! Alhamdulillah sya dpt kuasai diri saya dengan baik, tiada paparan gambar Di laptop, poster dalam bilik, cerita Korea berbyte byte pun tiada, so kenapa klau hemsen.... tu je la... kes tutup...
Yg obsessed tu bykkan berfikir, kawal diri
Sya ada tengok mengenai cara make up asas dorang( tips arrr)
Sebab ada yang make up ringan Dan natural
Lagi dlm setengah cerita ada tunjuk budaya,fashion, gaya hidup, kebersihan , kecantikn teknologi sikit Dan byk
Lagi manfaat klau pandai fikir Dan kreatif boleh guna dlm hidup seharian( brgntung kpd kekuatan mental)
Saya harap sya sentiasa menjadi org berguna pada diri Sendiri Dan lain lain ( agama khususnya