Betul Ke Miskin Itu Lebih Indah Berbanding Kaya?

Raya datang lagi.

Bagi yang kurang berkemampuan, saat inilah air mata menitik-nitik mengenangkan nasib keluarga. Orang lain sibuk menghias rumah, segala perabut di dalam rumah ditukar, sedangkan si miskin duduk di rumah, mengunci pintu, menunggu saat tamatnya raya.

Bagi yang kaya pula, inilah masa untuk melepaskan diri dari duit-duit yang berlonggok-longgok di almari buatan kayu chengal yang sekian lama diawet tu. Pintu rumah dibuka luas-luas supaya semua dapat melihat dan berkunjung ke mahligai indah yang dipenuhi bau-bauan sogo itu.


Orang kata, kekayaan bukanlah segalanya, tetapi kebahagiaan itu lebih penting. Tetapi, betul ke? Atau ni hanya cakap-cakap orang kaya yang sememangnya sudah cukup makan sehari-sehari. Apa pula kata orang miskin? Semestinya hidup lebih bahagia dengan kekayaan kerana waktu sekarang, tanpa wang ringgit, kita dipandang hina. Atau mungkin sedikitpun tak dipandang.

Orang kaya sering diancam perompak, penyamun, penyangak tetapi orang miskin juga sama keadaannya, dikejar dek ceti, along, tuan rumah. Kitaran hidupnya lebih kurang sama, tetapi lebihnya si kaya, mampu menggaji security untuk menjaga harta yang bertimbun, si miskin pula sibuk melarikan diri.

Miskin bukanlah bermaksud tidak mampu beli blackberry, sony experia mahupun iphone5 yang bakal keluar tak lama lagi, tetapi miskin yang tidak mampu untuk makan nasi walau sehari sekali. Tak perlu lihat ke luar negara untuk melihat fakir miskin, di Malaysia sendiri, beribu-ribu orang tiada rumah, yang hanya mampu tidur di bawah-bawah jambatan berselimutkan surat khabar berita harian edisi mingguan.

Jadi, betul ke miskin itu lebih indah berbanding kaya?

12 Komen untuk "Betul Ke Miskin Itu Lebih Indah Berbanding Kaya?"

betul,mmg betul sgt
ca'ah sendiri dh pnah tgk
ada org kaya kt sblh umah tok kt kg tu kan,
mcm sian je tgk depa.
hidup takde fun pun
terperap je dlm umah,yg kami ni siap main2 kt laman umah,lompat2,guling2. hhahahha

Miskin ke kaya ke...sama sahaja...
Dunia ni bulat, err mgkin sphera...lebey kurang jelah tu...kte xsmstinya selalu kat ats...dn xsmstinya selalu kt bwh...yg kaya boleh jd muflis, yg miskin boleh jdik jutawan. Semuanya bergantung kepada rezeki..Soal indah ke tidak hidup kaya atau miskin, bergantung kepada individu untuk mencorakkannya. Apa yang lebih indah ialah kalau kita ade rezeki lebih, kita kongsi dengan orang lain. Tak kesah lah kaya ke miskin ke. Kita berkongsi. Sama macam kita berkongsi saf dekat masjid. Allah swt tak nilai kita kaya ke miskin. Tapi dia nilai akhlak dan keimanan kita, banyak ke sikit. Sekian. Hehe =)

bersyukur dgn nikmat yg dikecapi.
salam aidilfitri 1432H..
^.^
salam aidilfitri

incik JI tukar header..gantung kad raya dah..hehe

setiap manusia diuji dgn perkara yg berbeza.ada yang kaya tp xbahagia
ada yg hidup bahagia tp miskin.
jd..kita perlu bersyukur dgn apa yg dikurniakan pada kita tu :p

selamat hari raya incik JI.dwet raya..hehehe

@Cik Ca'ah

tu sbb umh beso sgt, terlebih nikmat. ekekek

@Mira Zaini™

yeah. pndpt yg ckup bernas. :)

bila masa solat je, smua duduk sbaris je, xkira dato ke, semua sama je disisi Allah.

@aYaz

bersykur dgn apa yg ada :) AMIN.

Salam aidilfitri balk.

raya dtgla rumah kalau xknci. ekekke

@pjah

besela pjah. mood raya , knala nmpk beraya skit. ekeke.

btol tu, cm Encik Ji ni, miskin je, tp hepi je manjang. haha. kdg2 je ada masalah ngn dunia ni, yela, nk msuk toilet awm pn kna byr 3posen dh skang.

duit raya tngu taon dpn. haha.

kaya @ miskin masing2 ada kelebihan & kekurangan.. macam yg en.JI cakap jugak..

so.. sebaik-baiknya..
hiduplah secara bersederhana..

Salam aidilfitri =)

kaye or miskin tu jalan hidup masing2. yang nak ubah diri sendiri. yang paling penting kesihatan. kaye tak gune kalau tak sihat. miskin lebih sakit kalau tak sihat. so, that so simple. just think bout that. BTW, JI kedekut nak pos kad raye sampai nak kena kaye! hahaha

ade eh cakap miskin lagi indah? mestilah tak betul. memang wang tak menjamin segalanya. org ckp kebahagiaan, kasih sayang semua lagi penting. tapi kalau dah miskin, takde duit, lagi senang nak bergaduh bila semua benda tak cukup. sibuk cari rezeki untuk sesuap nasi, sempat ke nak berkasih sayang. boleh tapi sukar.

semua pon ade pros and cons. tak kiralah kaya mahupun miskin. yang bagus sederhana. berbelanja sederhana, jangan membazir wang sesuka hati. hidup pun bahagia. niat dalam diri masing-masing la. tujuan hidup masing-masing.

mne de orang nak jadi miskin kot...mesti nak kaya punya.haha...

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X