Lelaki berbadan tegap pilihan perempuan.

Majoriti perempuan sukakan lelaki berbadan tegap, sepertimana lelaki sukakan perempuan ... . 

Apa yang ada pada lelaki tegap yang boleh membuatkan perempuan mudah jatuh hati? Walau rupa tak berapa nak handsome, tetapi asalkan ada badan yang lazat dipandang, itu pun sudah memadai.

Hebat sangatkah lelaki berbadan tegap berbanding lelaki normal asia ini? Jawapannya, ada pada perempuan. Mungkin Ya, mungkin Tak, mungkin juga tak tahu,no komen, i dont know, semua layan.

Badan seperti Aaron Aziz menjadi pilihan? 

Ditambah dengan pakej handsome, muka jernih, semua itu dah cukup buat seorang perempuan lemah cair meleleh.

Bagi lelaki pula, badan seperti itu turut menjadi idaman. Yela, lelaki mana yang mahukan perut ... , tetapi hakikatnya, tak semua yang bernasib baik dapat badan idaman.

Setakat joging tiap-tiap hari, manalah nak dapat badan tegap macam tu. Separuh umur joging pun belum tentu dapat.

Orang kata amalkan makan telur kuning separuh masak pada setiap pagi, tetapi agaknya berapa biji telur nak kena makan?  Aku dah cuba makan sebiji semalam , tak nampak efek pun. Kena makan 2 biji kot.

Kalau aku jadi Aaron aziz, korang cair tak?  



19 Komen untuk "Lelaki berbadan tegap pilihan perempuan."

bukan semua la En Ji. dan saya la yg salah seorang tak suka tu.
bukan ape, takot tengok laki badan tegap2 ni.seram la.

tak tak..sy suka yang bese2 je..x mo yang tegap sangat,x mo kurus kering sangt..nak yang sedang2 je..aku same je ngan mierah tu,seram beb tegap sangat..wakaka.. *-*

hehe.. badan biasa2 ja.. ada juga yg suka kurus kering.. :)

@farra

nak yg sedang2. ada can la ni? kankan. ekekke

Kalau perempuan berbadan tegap, lelaki suka tak? Hehehe...

@Jo Qusary

erk jo. kalo aku, minx jauhla. kekeke

hahaha.
kwn ca'ah ada sorg gila laki 6pax

ntahla,ala,klw suka pun,semua tu crush ja
kalau dh jodoh bkn bdn cenggitu,
takkan taknak kawin kot?
mana la nak cari stok2 badan tegap ramai2 kat malaysia ni?
huhuhu

http://farra-laiyin5606.blogspot.com/2011/08/review-blog-orang.html

backlink to ur blog:)

ak xd la mint sgt ngn mamat tegap nih..
mnakutkn je ak tgk hahaha

ada la jugak masuk dlm list..angan2 dan impian..klu dpat kire bOnus la..yg penting hati dan sedp mata memandang.hehe

great,aku jenis skinny,siapa suka aku ye?

if tegap sangat pown nmpk euwww~~ =.=''

makan telur boleh buat badan tegap ye? lalala.. hurm.. pegi gym lah.. hahaha..

nak tegap kene g gym...beli susu mende ntah..vitamin bagai..kompom tegap..hahaha

Apapun tegap juga melambangkan tahap kesihatan seseorang lelaki...

Sy xyh nk mkn telur pape je ar bdn ttp tegap muscle naik je keras original

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X