Ibu, masih adakah lagi syurga untukku?

Syurga di bawah tapak kaki ibu.

Bagi semua yang masih ada ibu, pernah tak korang terfikir bagaimanakah nanti kehidupan tanpa ibu?

Tiadanya tempat bergantung, tiada lagi bebelan daripada ibu, tiada lagi tangisan ibu tiap kali korang melawan katanya, tiada lagi ibu.

Ibu suruh ke kedai, tapi tengkingan aku bagi. Malas. Mengantuk. Penat. Semua alasan dibagi. Tanpa disedari airmata ibu mengalir, masih adakah lagi syurga?

Ibu demam, minta tolong belikan ubat, aku pergi, tapi melencong tempat lain, ke rumah kawan, bila dah sampai rumah, ubat ibu terlupa dibeli. Airmata ibu mengalir lagi, masih adakah lagi syurga?

Aku nak tukar motor baru, tapi ibu tiada duit. " Ibu ni dengan anak pun nak berkira!" Kataku. Mengalir airmata ibu, adakah lagi syurga untukku?

Aku dah bekerja, tiada masa nak balik ke kampung melawat ibu. Hidup ibu dipenuhi airmata, adakah lagi syurga untukku?

Isteriku tidak sukakan ibu, mulut orang tua, memang suka membebel bila tengok benda yang tak disukanya. Aku marahkan ibu sebab isteri. Ibu menangis. adakah masih ada bauan syuarga?

Ketika ibu masih hidup, dah berapa juta titik airmata ibu ku lihat berguguran jatuh disebabkanku.

Tapi sekarang, ibu dah tiada. Bagaimana mampu aku menebus balik airmata ibu yang sudah lama kering dikandung tanah.

Masih adakah lagi syurga untukku? 



Encik Ji : jangan abaikan ibu yang mengandung dan menjaga kita


4 Komen untuk "Ibu, masih adakah lagi syurga untukku?"

kta still bley blas jasa mak yg dh xde kt dunia nie..doa kan lah ibu di sana :)

hargailah mereka sekiranya masih ada.. jika mereka sudah kembali doa2 kan mereka di sana.. :)

jgn biarkan air mata kecewa sorg ibu mengalir sebab kite..masih ade atau da xde,sama2 la kte doakan utk insan bergelar ibu..:)

Encik Ji berjaya buat air mata saya mengalir, rindu arwah mak...

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X