Legging pilihan perempuan.

Pemakaian legging yang buruk semakin digemari oleh perempuan. Walaupun betisnya sebesar belalai ibu gajah, legging tetap menjadi pilihan.


Fesyen buruk yang diasaskan oleh ... jelas disambut baik di Malaysia. Konsep ko pakai, aku pakai mula menular di kalangan perempuan yang dahagakan perubahan pada diri.


Pada fizikalnya, ternyata legging menutup keseluruhan bahagian kaki, kononnya mencukupi syarat berfesyen, menutup aurat. Tetapi, realitinya, legging ialah satu jenis seluar yang sengaja diketatkan bagi menampakkan bentuk betis mahupun paha bagi memudahkan proses pengaliran darah dari kaki ke kepala. 


Fesyen ini pada mulanya popular sekitar tahun 90an di Amerika Syarikat yang  mana perempuan lebih menggemari untuk memakai legging berbanding jeans. Walaubagaimanapun, atas faktor perempuan yang sememangnya sukakan perubahan, fesyen ini sekali lagi dipinggarkan.


Pada tahun 2005, fesyen ini kembali dengan beberapa perubahan yang mana keketatatannya ditambah bagi meningkatkan nafsu si pemakai. Ternyata ianya mendapat sambutan di Malaysia sekalipun.


Berbezanya di Malaysia, rakyat Melayu yang sememangnya Islam azali turut sama terikut-ikut dengan fesyen yang ternyata dilarang di dalam agama. 


Kononnya, fakta menyokong yang mana pemakai legging lebih selesa dan bebas berbanding pemakaian Islam  yang besar dan menghalang perjalanan. Sekali lagi, perempuan Melayu Islam menerimanya dengan terbuka dan menyokong pendapat sekular ini. Buktinya, bersepah-sepah perempuan yang bertudung mahupun tidak mengenakan legging tanpa pakaian tambahan di tempat-tempat terbuka di seluruh negara.



Encik Ji : kalau dah nak pakai, cakap apa pun takde guna



13 Komen untuk "Legging pilihan perempuan."

Assalamualaikum...

Orang sekarang ni suka pakai yang ketat2... dari atas sampai bawah, dari baju sampailah ke seluar... Yang atas tengok dah macam balut mangga, tengok bawah macam paha ayam bergoreng disaluti tepung.

Ini merupakan salah satu "isyarat" untuk mencetuskan provokasi pada para perogol mahupun bakal perogol.... Mana tah pergi perasaan malu tu...

pakai la xharam pun cuma pakai dengan pakaian yang lain seperti baju kurung dan sebagainya..

saya pakai buat tido je hihihi


=')

legging nie mjriti pkai..kalo buat pakai dlam kaen,oka la gak..nie ada sstngah 2 pakai legging,paki lak tudung..sumpah hodohh.. =='

hurmm.. nak pakai boleh tapi pastikan tidak mendedahkan aurat.. mcm pakai dgn baju kurung ka..

tapi persoalannya ramai yg suka nak tayang body kot.. kira megah sgt la leh tayang body diorang tu.. kang bila kena raba ka.. rogol la.. yg dipersalahkan golongan lelaki juga.. padahal yg kasi dedah sapa?

gua sokong lu punya kata2.. "kalau dah nak pakai, ckp apa pun xde guna kan?" :D

legging ? tengok owg pakai pun dah macam eeuww ! haha.

geli tahu! td pegi pasar, nmpk perempuan pakai legging merah. nmpk sgt nk tunjuk alat sulit dpn belakang dia kt orang. dgn baju pendeknya. hish..

then, ade lg sorg, bertudung, tp berlegging jgk. heish la manusia ni.
nasib takde lelaki pakai legging. @.@

err,tak penah pakai dan takkan pakai. nampak cacat + dosa!

btw, entry u best-best encik ji. teruskan usaha. :)

aku tak suka tengok legging ni, macam pakai tight nak main bola, haha XD

dok tau x po..dah nak tak boleh kata tak nak..

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X