Ke Arah Mencapai Wawasan 2020, bermulanya revolusi Jahiliah Moden

Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir merupakan salah satu titik tolak bermulanya pemodenan Malaysia. Pembangunan pesat mulai dijalankan di tempat-tempat yang mempunyai potensi tertentu. Dalam bertatih menuju ke arah visi negara, zaman jahiliah yang dikatakan telah berakhir mulai hidup kembali di kalangan ahli-ahli negara.

Antara yang jelas kita nampak, lelaki dan perempuan susah hendak dibezakan. Ada lelaki yang sanggup ke siam semata-mata untuk melakukakn operasi pemotongan buah pisang yang mana kos di Thailand jauh lebih murah berbanding di negara lain. Bagi perempuan, pakaian kemeja lelaki dipadankan dengan cap menjadi pilihan walaupun gunung daik bercabang dua masih jelas di kemeja. Bahkan bagi si lelaki yang sudah menjalani proses pemotongan buah, hasilnya memang memuaskan hati yang ianya mampu menipu mata-mata pemerhati.

Si perempuan juga sudah tidak lagi malu untuk menayangkan tubuh badannya yang agak berlemak itu di hadapan awam. Mungkin lagi bangga jika ramai yang melihat dan memujinya. Dada sengaja diangkat-angkat bagi mendapat perhatian. Bontot dilebarkan dan dihayun-hayunkan agar ada yang melihat. Mekapnya tebal mengalahkan orang berkahwin.

Budak-budak juga sudah pandai bercakap mengenai seks. Seks menjadi perkara biasa untuk dibualkan di kalangan budak-budak. Apa yang mereka tahu, setiap kali seks, kepuasan yang maksima akan tercapai. Sifat ingin tahu budak-budak akan mendorong mereka untuk mencubanya apabila tiba masa yang sesuai.

Bayi-bayi yang lahirnya tanpa berbapa dibuang merata-rata tanpa adanya sifat belas kasihan. Jika dibandingkan dengan zaman jahiliah , tidak banyak bezanya, cuma zaman sekarang lebih zalim, bayi-bayi tidak dikira jantinanya dibunuh dan dibuang.  Sedangkan babi mendapat anak anjing akan dibelanya, manusia celaka ini sememangnya lebih teruk daripada binatang.

Haruan makan anak, cerita yang dah basi menjadi perkara biasa di zaman sekarang. Anak yang dilahirkan si isteri dirogol oleh si bapa setan yang dahagakan anak dara. Kebodohan yang memuncak si bapak celaka ini menunjukkan betapa rendahnya moral manusia sekarang. Anak yang terhasil dari air mani sendiri, dirogol, di mamah , di love bite tanpa menghiraukan si isteri yang bersusah payah mengandungkan anak 9bulan 9 hari setengah.

Pembangunan yang diutamakan sekarang telah mengembalikan kembali zaman jahiliah. Memang betul pembangunan negara amatlah penting di masa sekarang, tetapi hendaklah diselang seli dengan pembangunan sahsiah. Jangan ingat dengan adanya matapelajaran tambahan Sivik, sudah cukup untuk pelajar menjadi sivik.


Encik Ji : jahil ilmu agama



3 Komen untuk "Ke Arah Mencapai Wawasan 2020, bermulanya revolusi Jahiliah Moden"

dunia hari ini kan..hmmm..
sama2 lah kita berdoa..moga kita ni tergolong dalam golongan yang di pilih ALLAH..ameen...^^

اللهم بارك لنا في رجب و شعبان و بلغنا رمضان!

Allahuakbar . . emm . Pembangunan perlu berlandaskn agama .

jagalah diri masing-masing , jgn trlalu mgikut arus dunia

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X