Blogger Batu Api, Blogger Sampah

Blogger batu api yang melaga-lagakan antara blogger jelas menunjukkan publisiti murahan lagi bodoh.

Jika korang biasa dengan istilah troll, maka korang tahulah konsep blogger bodoh yang mendatangkan kemarahan orang ramai.

Kononnya ingin melihat pandangan orang ramai, dan lihat sejauh mana tahap kesabaran mereka yang ditroll.

Kebodohan blogger ini lebih jelas apabila tak dapat menerima pandangan orang lain dan hanya tahu mengutuk semata-mata. Antara contoh troll yang menimbulkan kemarahan orang lain ialah dengan membangkitkan isu perkauman. Sedangkan isu ini sengaja tidak ditimbulkan bagi memelihara keharmonian kaum di Malaysia.

Batu api moden ini bergiat aktif melalui internet dengan menyebarkan artikel-artikel yang mengundang kemarahan pembaca. Sememangnya trafik yang diterima amatlah memuaskan hati si blogger bodoh sehingga menimbulkan satu perasaan ingin meneruskan aktiviti celakanya itu. Apabila sudah habis satu isu, isu lain pula sengaja ditimbulkan.

Ternyata dengan cara itu, populariti mudah diraih dan menjadi salah seorang blogger yang disebut-sebutkan di dunia blog. Tetapi sejauh mana ia mampu bertahan? Adakah sanggup mencemar nama korang semata-mata ingin jadi yang terbaik. Bagi aku, blogger bodoh ini hanyalah mencemarkan dunia blog ini dengan kata-kata sampahnya itu.

Jika hidup korang di blog ini sengaja mencari musuh, mencari lawan, teruskan aktiviti itu, kerana di mata orang, korang hanyalah sampah internet.

Encik Ji : baik jadi sampah je, tak menyusahkan orang
19 Komen untuk "Blogger Batu Api, Blogger Sampah"

tanggungjwb kita sebagai blogger dan apa sahaja perkara yang kita sebarkan, takkn berakhir di dunia saje..jd kita bertnggungjwb dgn apa yg kita taip..

ada ke blogger batu api? tak baik betul

aku ingat pasal seorang blogger sampah yg aku penah wat entri dulu...

aku harap aku x termasuk dlm golongan blogger ni.huhu...

setuju dengan kotak bulat.. kita kena la ada sikap tanggungjawab..

blogger2 sampah ni baunya lebih busuk dari sampah.

betul, sakitkan hati orang kot. XD

biasanya yang jenis takda profil sendiri.guna 'anonymous' nak serang orang.bukan nak komen.

biasanya yang jenis takda profil sendiri.guna 'anonymous' nak serang orang.bukan nak komen.

Kid. yg tu satu lagi hal. tu nmanya pengecut. kekeke

blogger batu api? haha.tak pernah dgr la pulak..

Gila trafik lah, ape lagi. Kan?

ini kes nak femes cepat la niyh.. -.-' guna cara kotor, trafik masyukk nama femes, semua orang duk cakap pasal dia.. ahh siall lah, puihh~!

Rasa mcm tau ja sapa makhluk tu.blog tu dikenali sbg JK?btoi x?huhu...clue only..hehe

Urmm..kalau da namanya manusia..campak kemana pun, macmtu la juga..en JI, kan ke manusia yg handle blog..standard lah.. dunia blog ni mcm2 ragam..biarkanlah yang sampah dengan dunianya.. kita?teruskan usaha dan cara kita ;)

~makhluk apakah..itu?hahahah

rizal. Jk tu ape? kekeke. panas2.

Blogger penting diri tu name..aduhh makan duit atas alasan duk kutuk orang dan bangsa lain..ishk3 mintak2 la diberi hidayah kepada mereka2..

yup!!! saya setuju... macam blog hajah siti blablabla (x ingat nama dia).. dia kutuk agama Islam... nampak komen dia meleret-leret wo.... mesti trafik dia tinggi.. tapi sayang cara dia menjijikkan... ish..
hehe... anyway, gary follow cne yer~.. =)

betul tu..blogginglah pasal benda lain selain isu berkaitan blog kan..

sedihla kdg2 kalo tgk isu pasal teknikal dlm blog pun nk kutuk habis habisan..kdg kecik ati jgk tp ignore kan je :)

itu menunjukkan hati dia KOROK.

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X