Satu bentuk nasihat yang konon-kononnya melarang korang untuk merokok tetapi hakikat sebenar hanyalah sekadar hiasan di kotak rokok. Amaran yang hanyalah kata-kata kosong tanpa sebarang tindakan.
Apakah guna amaran seperti ini dikeluarkan jika pengeluaran rokok sentiasa meningkat dari tahun ke tahun? Keuntungan yang didapati dari sektor perokokan ini jelas menyumbang besar kepada sektor ekonomi negara. Kononnya harga dinaikkan bagi mengurangkan kadar penggunaan rokok seharian, tetapi pada dasarnya, perokok tetap akan membelinya walau harganya yang mahal sekalipun. Ini adalah satu taktik dalam perniagaan.
Kenapakah rokok-rokok yang diseludup masuk di sekat oleh pihak berkuasa sedangkan yang berlesen dijual sewenang-wenangnya? Apakah kandungan nikotin di dalam rokok seludup lebih banyak sehinggakan tidak dibenarkan di bawa masuk. Mungkin ya. Tetapi semuanya itu hanya kerana cukai. Rokok di kedai-kedai runcit di seluruh Malaysia yang dijual pada harga yang tinggi adalah kerana cukai tinggi daripada pihak berkuasa. Berbanding rokok-rokok yang diseludup, dijual pada harga yang murah kerana tidak dikenakan cukai. Itu adalah perbezaan yang nyata. Mana mungkin John yang dijual pada kadar 4ringgit sekotak hendak dibandingkan dengan dunhill 10ringgit sekotak. Perbezaan harga yang terlalu tinggi, dan semestinya perokok tegar yang pokai akan memilih yang lebih murah.
Seharusnya, jika hendak dibanteras, banteraslah seikhlasnya. Bukan sekadar dengan meletakkan nasihat di kotak rokok cukup untuk mengubah manusia.
Bagi si perokok, jika korang rasa rokok itu mampu menolong korang, teruskan. Kita semua punya akal, tahu apa itu buruk baik nya sesuatu perkara.
5 Komen untuk "Cerita di sebalik rokok"
tak merokok sebab alahan, lagipon stamina nak main bola kurang nanti
Gk dah buat 2 orang lelaki benti merokok ! Alhamdulillah mereka makin sihat skrg.
En JI meh singgah sini
Bgus encik Ji. Sy msih hairan dgn lelaki2 yg merokok d luar sna. Tau cm2 bnde x elok da lam rkok tu, tp tetap trus merokok . Brhenti la sblm trlmbt .
rokok bt dworg bhgia kot..
huhu...
kalo dworg syg kt mnusia2 yg syg dworg, dworg bleh je brenti..kn..kn..kn.. :)
yg paling geram kalau merokok sambil dukung anak..aeee..rase nak cepuk je ha..