Bau badan busuk

Penyakit yang selalu dihadapi oleh warga-warga yang malas mandi dan tak pandai jaga bau badan.

Selalunya penyakit ini tidak mengenal mangsanya, tak kira lelaki handsome, kaya macam Mark Zuckenberg sekalipun, kalau dah malas nak mandi, memang penyakit ini akan menghantui korang.

Bau badan yang busuk ini boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara, yang mana boleh merosakkan sistem pengudaraan orang yang berdekatan dengan sumber.

Bahagian-bahagian badan yang terkenal dengan busuknya ialah ketiak, leher, kaki, bontot, hidung, tangan dan lain-lain anggota ketikamana ianya berpeluh. Secara mudahnya, kesemua bahagian badan berpotensi untuk mengeluarkan bau busuk.

Bagi mengelakkan ketiak berbau busuk, amalkan sikap 'no happy day without a deodorant'. Jangan abaikan penggunaan deodorant kerana rata-rata mereka yang busuk ialah mereka yang tidak memakai deodorant. Jika deodorant korang dikenalpasti sebagai deodorant yang murah, yang mana kesannya akan hilang selepas sejam memakainya, sila pastikan korang membawanya bersama-sama dimana sahaja, sebagai persediaan menghadapi kemungkinan bau busuk.

Bagi yang lehernya hitam , dek kerana daki yang tidak dicuci, ini juga mungkin penyebab adanya kehadiran bau busuk dalam hidup korang. Penyelesaian untuk mereka yang tidak pernah mencuci bahagian leher ini ialah, korang sediakan sabun secukupnya untuk dilumurkan pada leher korang setiap kali mandi. Amalkan selama 2 minggu, dan lihat kesannya. Bukan sahaja hitamnya hilang, malah korang juga turut berbau wangi.

Dan bagi yang malas mandi, bawak-bawaklah mandi selepas ini. Jangan jadi pengotor, kerana sesungguhnya kebersihan itu adalah salah satu daripada iman. Jangan sampai kawan-kawan korang tutup hidung bilamana dekat dengan korang.


Encik Ji : nak mandilah kejap


7 Komen untuk "Bau badan busuk"

jgn makan bawang!
heheh..faktor mkanan juga membawa fktor bau badan..
contoh mcm bangla2..heheh :D

masalah jgk nie kalo member baik camni

ahah....pegi mana2 mmg ad spesis cm ni..tp klw kwn baik parah jgk tu

Perlu selalu jage kebersihan diri, InsyaAllah tiada masalah bau badan. :)

Jom terjah artikel ni juga:
--> BUANG BAU BADAN

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X