Cerita politik bodoh di Facebook.
13 akaun didaftarkan di facebook semata-mata untuk berpolitik. Kononnya berjuang demi mempertahankan kumpulan politik masing. 13 emel didaftarkan di yahoo,gmail mahupun hotmail semata-mata untuk bergaduh di Facebook. Jelaslah bodohnya kaum-kaum ini.
Yang paling jelas, menggunakan nama samaran yang jelas tampak pengecutnya pejuang-pejuang kita ini. Maki hamun biasanya digunakan dalam setiap debat konon-kononnya. Masing-masing cuba menunjukkan kepandaian, tapi kebodohannya tetap tak dapat disorok.
Para pejuang ini cuba mencari kelemahan pihak lawak untuk dijadikan asas berdebat. Lagaknya seakan-akan profesor , tapi perangai seakan-akan budak yang belum tahu beza apa itu hujah dan apa itu melalut. Rata-ratanya bercakap bagaikan pakar politik yang sudah masak dengan dunia politik.
Yang jelas dan pasti, para pejuang ini terdiri daripada melayu yang akalnya singkat untuk berfikir jauh sebelum bertindak. Tak dapat dinafikan, masing-masing punya pendapat sendiri, tapi perlu ke bergaduh di dalam Facebook? Mana hilangnya melayu yang dikatakan punya budi bahasa, cerdik akal.
Cerita politik bodoh di Facebook.
Cukup-cukuplah bertelagah , memaki-hamun di dalam facebook, kerana tu semua perkara sia-sia. Tidak salah untuk berpolitik, bahkan politik itu juga ada dalam Islam, tetapi di mana sucinya politik itu jika dipenuhi dengan kata-kata cacian.
Ya, diakui korang memang terer, berdebat mengenai ekonomi, tetapi janganlah sampai menghina pemimpin-pemimpin.
Para-para 'pejuang', cukup-cukuplah bertelagah . Lakukan sesuatu yang bermanfaat mengikut kepandaian korang tu. Jangan jadi bodoh sombong.
Mantapnya sesebuah negara itu kerana politik, tapi musnahnya sesebuah negara itu juga disebabkan politik.
Encik Ji : undi anda adalah rahsia.
Followers
Artikel Pilihan
-
Tak kira perempuan mahupun lelaki, mesti pernah menangis. Walau diri tu perogol bersiri, mahupun penyimbah asid yang bangang, mesti pernah m...
-
Ringan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selagi tidak pancut dalam...
-
Lagak seakan-akan beruk yang sedang melompat di atas pentas, sambil mengalunkan muzik yang mengkhayalkan sampaikan melalaikan orang, adakah ...
-
Orang kata kena takut Allah, aku pun takutlah. Tapi takutkah aku? Aku takut Allah tapi aku :- 1) solat subuh pun aku fail pagi tadi. q...
-
Pernah tak korang terfikir apa tujuan sebenar korang buat blog ni? Ini cerita aku dan blog pada masa lepas hingga sekarang dan sebab-sebab...
-
Ini bukan cerita rakyat, mahupun cerita hantu, ini adalah kisah benar mengenai hal ehwal manusia berdasarkan pengalaman sendiri. Dilema na...
Ruangan Iklan
Trafik Lalu Lintas Blog
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info



6 Komen untuk "Pejuang Politik Bodoh di Facebook"
tk pnh rasa nak ambik tau psl politik.sikit2 blh lah.sekdar mmbaca di surat kabar.Politik bikin manusia tak jujur sebenarnya.
tu nmnye politik kotor.
politik itu bagus sekiranya orang yang bijak mengawalnyer
a a, btol tu Neph. tp politik skang, kalo xgadoh, xsah
em.. betul tu..
awal yang baik