Mangga yang montok

Ini bukan artikel pasal buah mangga mahupun iklan jualan buah mangga murah di tesco. Ini adalah cerita tentang mangga yang menggiurkan, majalah seks no 1 di Malaysia.

Secara lembutnya, majalah playboy Malaysia yang ditukar namanya bagi menghalalkan kandungannya untuk pembacaan seisi keluarga. Majalah seks yang boleh di dapati di mana-mana kedai majalah ini dipenuhi dengan gambar-gambar bogel minah-minah rempit yang sudah tiada maruah diri mencari makan dengan menjual aksi-aksi lucah secara borong kepada penerbit buku setan tersebut.

Pasaran meluas di seluruh Malaysia memudahkan remaja-remaja bawah umur mahupun yang sudah terlebih umur mendapatkan sumber seks yang mudah tanpa perlu membelinya di ebay. Hanya berbekalkan 5 ringgit sudah mampu memuaskan nafsu 30 orang remaja bagi mendapatkan seks express.

Kenapa perlu adanya penyeludupan masuk buku-buku lucah contohnya Playboy bagi memasuki Malaysia sedangkan di Malaysia sendiri, buku lucah kita gah di dalam negara mahupun luar negara. Hal ini sepatutnya dibanggakan oleh rakyat kita. Kenapa perlu disokong majalah luar sedangkan majalah kita sendiri setanding dengan majalah-majalah seks luar?

Badan-badan khas ditubuhkan untuk menghalang penyeludupan masuk buku-buku seks import yang mana untuk  memberi kesedaran kepada rakyat tentang bahayanya seks luar negara. Yang mungkin juga memberi peluang untuk penerbit buku kebanggaan kita, Mangga memperhebatkan promosi untuk menarik lebih ramai pembaca menjadi setan mahupun iblis.

Majalah mangga yang dipenuhi aksi-aksi mengghairahkan antara 2 pasangan haram yang berpelukan tanpa segan silu di tepi kolam renang,si perempuan menunjukkan buah dada yang empuk untuk tatapan pembaca yang setia, set pakaian yang menjolok mata diperagakan oleh model-model minah murahan yang terpengaruh dengan kehidupan duniawi semata-mata, model-model jamban lelaki yang dipaksa bukak bajunya menampakkan pusat yang berbau hancing dek kerana dikencing hidup-hidup oleh manusia bertopengkan setan. Itulah majalah kita, majalah negara , sokonglah.

Kenapakah majalah seperti ini diHALALkan oleh penerbitan di negara kita. Di manakah maruah kita sebagai rakyat yang konon-kononnya yang sensitif dengan hal-hal keagamaan . Sekarang, mangga memperhebatkan promosi dengan terbinanya web pelayar untuk pembaca secara online di rumah, mahupun di bilik-bilik air bagi memudahkan proses bekerja bagi lelaki yang setia dengan manga.

Adakah kita patut menyokong majalah kerana ini ialah satu proses untuk mematangkan sikap rakyat Malaysia bagi menerima budaya luar katanya. Tak lama lagi, kita eksport playboy secara terbuka apabila rakyat Malaysia sudah dihasut setan secara menyeluruh. Yang penting, Malaysia Boleh! Majulah malaysia untuk Majalah seks nombor 1 Negara.



Encik Ji : mangga memang sedap



3 Komen untuk "Mangga yang montok"

Entri ini bgus. Peringatan buat semua yg inginkn ksedaran. :) .Inilah manusia, hny mmentingkn keduniaan yg smentra ini , mangga juga yg mreka2 lbih minati dpd Al-quran . Andainya merka dpt mndalami al-quran yg suci itu . . pasti hati2 mreka lbih tenang dan lbih mint ke arah islam yg sbenar . Moga mreka2 itu diberikan hidayah dpd-Nya. Aminn. :)

singgah jap bce entri ni..nice..

dh follow pun

Cover depan pon dah gambar kat kolam renang. pompuan tayang dada, laki tayang bulu dada. elok sangat la tu...same2 cari dosa..

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X