Fahaman Sesat mengenai tudung

Tudung ialah satu alat untuk menutup kepala si perempuan di kala panas mahupun bagi menutup kepala yang sudah botak dek kerana terlalu lama mendedahkan rambut kepada sinaran ultra ungu. Tudung juga ialah satu fesyen gaya terbaru yang agak cantik dipadankan dengan labuci-labuci yang bersinar-sinar agar mampu menarik pandangan lelaki. Tudung juga ialah untuk dipakai ketikamana BF mahu tengok kita bertutup sopan di depan mata dia dan dibuka ketika si BF tiada di depan mata.

Fahaman sesat yang difahami oleh kebanyakan perempuan-perempuan zaman moden jahiliah ini jelas diguna pakai demi menempuhi aras pemodenan yang kian pesat. Untuk kelihatan moden, ramai perempuan terpaksa mencacatkan pemikiran untuk menggunapakai konsep-konsep sesat ini.

Tudung yang dianggap suci oleh Islam dipermainkan golongan-golongan cacat ini untuk kepuasan nafsu duniawi semata-mata. Dipakai ketika hatinya berkata ya, dan dibuang pabila hati berkata tak. 

Golongan cacat ini juga diibaratkan manusia-manusia yang sudah tertipu dengan tipudaya dunia. Mereka sanggup membuang tudung untuk kelihatan cantik di depan mata yang melihat. Mungkin secara fizikalnya cantik , maklumlah , badan yang gebu, semua orang nak tengok, tapi secara batinnya, perempuan seperti inilah yang dianggap paling huduh dan hina dipandangan mata Islam.

Tudung dipakaimana event-event yang berkaitan dengan Islam, dan pabila event maksiat bermula, tudung mula dicampak ke dalam mana-mana ruang di dalam rumah. Sikap jahil manusia seperti ini memang patut dikecam kerana mereka dianggap mempermainkan agama. Antara alasan yang selalu dikeluarkan oleh golongan ini ialah tiadanya hidayah dari Allah. Tidakkah mereka terfikir, apakah yang membezakan antara seorang muslim dan juga kafir, sudah tentulah salah satunya ialah aurat.

Janganlah menjadi bebal sepertimana Abu Jahil, walaupun tahu hakikat kebenaran sesuatu perkara, tapi demi mempertahankan kepentingan diri, ketentuan Allah dilawan.


Encik Ji : buka tudung sebab panas


9 Komen untuk "Fahaman Sesat mengenai tudung"

tidak salah utk berfeshion
namun haruslah tidak terlalu
ketara...

encik ji pakai tudung ke??haisy tiba2 berminat pulak membaca gaya penulisan encik ji...

haha. xpnh lg pkai tdung. freehair manjang

hmm..
kitab Bible dan Torah turut menggesa penganutnya untuk menutup rambut bagi yang perempuan.. sayang, x ramai yg ikut.. adakah nasib penganut Islam juga akan menjadi seperti 2 agama yg disebutkan diatas?

baik punya entri... :)

harap dpt memberi kesedaran....

tudung bukan untuk menilai siapa baik dan siapa tidak baik...tudung adalah kewajiban


looking for people to follow my blog, I would love to follow yours!

err, tea mmg freehair tp tea sgt xsuka org bertudung utk berfesyen.. sanggul pny tinggi walau dah tau ape hukum.. tudung ketat-ketat smp nampak leher.. tea sket2 mula utk bertudung.. hmm, Insyaallah.. tea akan sempurnakan pemakaian tudung tu sebaiknya.. berfesyen xsalah kalau betol cara dan niatnya..

Sebab tu saya kagum tengok perempuan yg istiqamah dalam pemakaiannya dan juga akhlaknya sebab tak ramai yg mampu berbuat begitu..

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X