Dilema Solat Subuh dengan Tidur di atas Tilam Empuk

2 perkara yang selalunya dilema dan menghantui diri kita.

Antara Solat Subuh ataupun tidur. Melalui kajian Encik Ji, majoritinya lebih suka tidur daripada bangun solat subuh. Di sebalik selimut, terdapat setan-setan yang sedang mengikat tubuh kita dan memeluk kita daripada bangun untuk bersolat. Hanya orang yang betul-betul gagah je mampu melawan si setan durjana. Walau badan korang setegap Jacob Twilight, sekuat Encik Ji, belum tentu setan tu mampu ditendang dan disepak. Yang betul-betul gagah dari segi Iman je yang betul-betul mampu.

Tidur amatlah syok di kala pagi yang mana ketika itu tubuh kita berada dalam keadaan yang ceria dan exciting. Kecenderungan kepada tidur amatlah tinggi. Lebih-lebih lagi rata-rata rumah di Malaysia sekarang mempunyai penghawa dingin yang berjenama Panasonic yang ternyata lebih murah jika dibeli terus dari kilang.

Korang-korang yang mampu bangun subuh ( bukan subuh gajah ) ternyatalah lebih kuat daripada penghawa dingin tu. Tetapi, yang tidak mampu, tidak semestinya korang adalah golongan yang lemah, cuma mungkin korang golongan yang memang tak pernah niat nak bangun subuh. Macam mana nak bangun subuh, kalo niat pun samar-samar.

Seelok-elok subuh ialah didahulukan dengan solat sunat. Bagi yang betul-betul gagah, mungkin sudah didahului dengan solat-solat sunat hajat. Jika diberi pilihan, antara tidur dengan bangun solat subuh, sudah tentu ramai yang memilih tidur kerana ganjaran menunaikan subuh tidak nampak di depan mata.

Bagi kawan-kawan yang selama ni memang kantoi dengan subuh, antara cara nak betul-betul bangun pada waktu subuh ialah jangan tidur dalam keadaan yang terlalu selesa. Jika sudah beralaskan tilam yang empuk, berselimut tebalkan selimut diimport khas dari bulu biri-biri, memang teramatlah masalah. Jadi , elakkan terlalu tidur yang selesa . Kalau boleh, gunakan bantal yang keras ala-ala cerita cina zaman dinasti Han.

Yang paling penting ialah tetapkan niat yang betul-betul. Kerana dengan niatlah, setiap perbuatan bermula. Dan bila dah dapat bangun, jangan tunggu lama di atas katil, terus mengambil wuduk. Bagi yang memang susah nak angkat kepala, sediakan air di sebelah katil bilaman korang dah bangun tu, minum air dan disusuli dengan mengambil wuduk.

Jangan biarkan tidur mencacatkan permulaan hari kita yang baru.



Encik Ji : time asrama dulu, ad warden bunyikan loceng gerak bangun subuh



3 Komen untuk "Dilema Solat Subuh dengan Tidur di atas Tilam Empuk"

tu la...tp org cakap sebelum titow tu set dulu otak nak bangun kul berapa.isnyallah bangun..dan amalkan ia selama sebulan..nanti ia akan jadi tabiat semulajadi kita

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X