Artis Malaysia sama taraf dengan Hollywood

Impian artis-artis Malaysia untuk menjejakkan kaki ke Hollywood memanglah amat tinggi, sepertimana Datuk Michelle Yeoh , anak Malaysia yang berjaya di peringkat antarabangsa. Tapi , jangan ingat artis-artis Malaysia ni   kurang berkualiti daripada artis Hollywood, bezanya hanyalah pasaran industri.

Artis-artis kita setaraf dari segi lakonannya, mana ke tidak, apa bezanya kualiti hollywood dibandingkan dengan Malaysia? Jika di Hollywood artis tidak malu berbogel, artis Malaysia pun sama, jika di Hollywood artis boleh pegang-pegang tangan, di Malaysia berlambak-lambak ikut perangai Haram tu, jadi, apa yang bezanya? Mungkin setakat ini adegan kiss yang betul-betul je belum ada di Malaysia, tapi tidak mustahil perkara Haram ini dapat diserap dalam dunia filem Malaysia dengan adanya proses pemodenan rakyat Malaysia. Malaysia Boleh!

Artis Malaysia sememangnya standard hollywood. Lakonan yang cukup baik sehingga membuatkan si penonton tertipu dengan lagak sebenar di luar studio. Yela, di dalam studio, cukup sempurna, dengan taat kepada suami, senyap walau dihina dimaki, bertutup elok, sopan sangat, memang tiada cacat celanya. Tapi di luar, kehidupan jauh berbeza, yang bertutup dibiarkan terbuka, mulutnya boleh tahan berbau longkang, sopan dan budi pekerti entah hilang ke mana. Tapi bukan semua nya begitu, yang betul-betul baik budi bahasanya tetap ada. Artis yang baik ini takkan berlakon dalam filem yang membuatkan dirinya kelihatan palsu.

Trend artis Malaysia juga lebih kurang sama dengan Hollywood. Yela, nak betul-betul standardize dengan peringkat global, cara hidup pun kena sama. Bercerai-berai, kahwin tak sampai sebulan bergaduh besar, pastu mulalah kontroversi adanya pihak ke 3 dalam rumah tangga. Liputan media meluas mengenai penceraian, bagaikan bangga penceraian itu disebarkan. Tetapi yang menghairankan, perkahwinan pula dibuat secara senyap-senyap. Takdir, qada' dan qadar pegangan kita. Siapalah kita mampu menghalang.

Apa-apa pun artis Malaysia, teruskan perjuangan senimu jika dirasakan itu yang terbaik. Jika dirasakan dengan lakonan mampu membentuk peribadi, tidak salah untuk katakan ya.


Encik Ji : tengok Lee Chong Wei menang semalam, yang ni tak palsu. Malaysia Boleh!
5 Komen untuk "Artis Malaysia sama taraf dengan Hollywood"

Artis Malaysia suka gaduh.tgok Twitter diorang memang kelakar.semalam tgok Fasha Sandha dgn Iqram Dinzly gaduh kat Twitter.haha!

luar negara ke dlam negara sma je.. =.='

artis baru skang suka cari kontroversi je lebih..sebab tu susah bertahan

artis skang stndard hollywood. hehe. maju ke depan.

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X