Adik dah besar. Mak dan Ayah jangan risau.

9 bulan korang dikandung, berbelas-belas tahun korang di pupuk, di manja, di beri kemewahan, tapi sebab kekasih yang baru kenalnya 3,4 bulan, korang sanggup meninggikan suara kepada ibu bapa kerana kekasih. Kerana cintakan kekasih , korang sanggup memaki-hamun ibu bapa, walau dalam hati sekalipun, memang koranglah anak paling celaka dan tak tahu mengenang budi.

Cintakan kekasih, sampaikan ibu bapa korang tipu. Maknya tanya, 'nak ke mana tu adik? 'Dengan muka suci, putih, mulut mula menipu, ' Adik pergi rumah kawan ni mak, study group' . Alahai sejuk perut mak, adik dah matang, dah pandai nak fikir untuk masa depan, tapi sampai depan stesen bas, mamat bajet handsome pakai seluar 3 suku datang bangga dengan kereta honda city bapak dia punya, lambai tangan. Korang dengan hidung tinggi, muka bangga ,angkat kaki tingg-tinggi langkah masuk dalam kereta. Yela, pakwe kaya sape tak nak. Adik study group ke pergi layan nafsu ? Betulla mak kata, adik dah matang, tapi terlalu matang untuk menipu si Mak yang lurus bendul percayakan anak derhakanya tu.

Cintakan kekasih, sampaikan tak bertegur dengan ibu bapa. Ya, adik memang baik, sebab cerita semua-semua pasal BF adik kat ayah, tapi bila ayah tak bagi berBF-BF, adik tarik muka, merajuk tak nak makan, hati ayah mana yang tak sayu. Dulu kecil-kecil, adik ni lah yang ayah bawak pergi mana-mana. Yela, anak tunggal katakan. Semua yang adik minta, ayah bagi. Cakap je, set Hot wheels, barbie limited edition, pedang star wars sekalipun, ayah kejar-kejar pergi ATM cucuk duit walaupun time tu baru je lepas hari raya, duit banyak pakai dik, tapi takpe, demi adik, ayah tak makan pun takpe. Tapi bila dah besar, ayah hanya minta satu je, janganla adik kapel, adik merajuk. Mungkin pengorbanan ayah tak cukup terasa untuk adik.

 Cintakan kekasih, sampaikan ibu bapa terabai, ikut kekasih lari. Ayah dan mak tak mintak lebih dik, cuma harap adik dapat bawakan si suami untuk jaga adik, bagi ayah dan mak lega tengok adik dah ada pelindung. Yela, ayah dan mak dah tua. Tunggu tanah menimpa badan je. Tapi jangan sebab ayah dan mak dah tua, adik larikan diri. Ayah dan mak tahu, adik dah besar, dah cukup umur. Ayah tahu adik dah ada kekasih hati, si Suami. tapi kenapa sanggup biarkan ayah dan mak yang nyanyuk ni di rumah. Suami adik tak suka ayah? Ye, takpe, ayah tahu ayah tak handsome macam suami adik tu, tak penah pergi buat facial treatment pun, tapi jangan jadikan alasan tak datang tengok mak kamu yang tengah nazak ni. Mak asyik panggil nama adik je, ayah tak mampu nak bagi adik kat mak,ayah tak mampu!

Walau adik dah besar, jangan lupakan kami ye. Mungkin jasa kami tidak terlalu besar untuk dikenang, tapi sekurang-kurangnya ingatlah adik ialah jantung hati kami. Bila mana jasad kami dah hilang dikandung tanah, janganlah adik meratapi kami, sebab kami tahu, adik tetap adik, anak yang kami sayang sehingga nafas terakhir kami di dunia ini.


Encik Ji : :(


6 Komen untuk "Adik dah besar. Mak dan Ayah jangan risau."

sayunya post ni.. tp memang btul.. lagi2 part mnipu yg xboleh blah.. huhu..

BUDAK ZAMAN SKUNK CAMTUH LA, KEKADANG PUN NEPH PUN JIKA NAK MEMBERONTAK, SELALU IKUT EMOSI...ADUYAI...APE KEHAL NAK JADI DGN NEPH YER...

MB ENTRY NI BERSANGKUP PAUT KOT...LEY LINK DENGAN PUSH MY NAME...HUHU

susah nk cakap budak2 sekarang..tggu lah bila dia org jadik ibu bapa nanti,baru dia org tau mcm mana perasaan tu..

Sedih. Thanks for the entry. Memg menginsafkan. :')

sayu gilaa..erm betoi2 sbb laki nak lupakan mak abah..eish ! x bbloi =.=' kalo nak sedar bila mak abah dah tade,mmg x guna la :(

kcik2 dlu cmnila.huhu. tp xd la sbb kapel. :P

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X