Haiwan Peliharaan Singa Yang Awesome Habis




Sewaktu lawatan ke Afrika 1969, Tippi Hedren, seorang pelakon dari Amerika Syarikat telah mendapat idea untuk membuat filem mengenai hidup singa selepas melawat sebuah rumah terbiar yang dihuni oleh 30 ekor jenis singa.

Jadi, Tippi telah bertemu dengan veteran yang arif tentang singa dan meluahkan hajat memerlukan kira-kira 50 ekor singa untuk rangka filem seterusnya. Memaksa singa untuk  selesa dengan orang yang tidak mengenalinya ibarat mencari maut. Jadi, atas nasihat veteran itu, Tippi mengambil keputusan untuk mengenal singa itu langkah demi langkah dengan cara tinggal bersama singa itu.

Tippi telah berjumpa dengan seorang lelaki yang bernama Ron Oxley, seorang pembekal untuk menyewa haiwan di Soledad Canyon. Singa yang pertama diambil oleh Tippi dikenali sebagai Neil. Tinggal bersama-sama dengan Tippi sekurang-kurangnya 4-5 hari seminggu dan selebihnya kembali ke Soledad Canyon untuk bersama penjaganya.




Perkara ini berulang-ulang sehingga masuk bulan ke 6. Perubahan fizikal pada Neil juga telah nampak berubah. Singa itu telah membesar dengan bentuk badan yang sangat garang. Semua ahli keluarga Tippi bertugas untuk cuba mengenali Neil dengan baik. Bahkan, Neil juga dibawa untuk tidur bersama atau bersama anaknya.




Namun begitu, perkara ini tidak disenangi oleh jiran yang risaukan ancaman yang mungkin akan dilakukan oleh singa itu pada bila-bila masa. Perkara itu telah memaksa mereka berpindah ke Soledad Canyon dan filemkan filem itu di sana.

Walaubagaimanapun, filem yang menelan kos 17.5 million dollar itu hanya mendapat pulangan sebanyak 2 juta million dollar sahaja.




Sewaktu penggambaran, anak perempuan Tippi,Melanie telah diserang oleh singa dan telah mendapat 50 jahitan pada muka. Perkara itu telah menyedarkan Tippi yang sememangnya haiwan liar tidak patut dijadikan sebagai binatang peliharaan di rumah.

Di sebalik kekecewaan filemnya yang gagal mendapat sambutan, perkara ini sedikitpun tidak menjejaskan Tippi. Sebaliknya Tippi lebih aktif dan sayangkan haiwan liar. Tippi telah menjumpai satu tempat perlindungan haiwan eksotik yang diancam dikenali sebagai Shambala Preserve.

Di shambala, terdapat kira-kira 50 jenis keluarga kucing yang terdiri harimau, singa, cougar, harimau bintang, bobcat, kucing hutan dan banyak lagi spesies yang terancam.

Shambala Preserve masih lagi aktif beroperasi sehingga sekarang di California.




0 Komen untuk "Haiwan Peliharaan Singa Yang Awesome Habis"
 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X