Harga Minyak Naik, Rakyat Malaysia Gembira.
Satu fenomena yang biasa berlaku di Malaysia, kenaikan harga minyak tanpa diminta, secara tiba-tiba. Tetapi bersyukurlah kerajaan Malaysia, rakyat Malaysia ini sifatnya baik hati.
Ya, baik hati. Walau ditindas dengan teruk sekali, ditipu hidup-hidup, rakyat Malaysia tetap berfikiran positif. Pemimpin harus di patuhi, ditaati. Itulah konsep yang dipegang oleh orang Malaysia. Hidup kerajaan Malaysia! Hidup rakyat Malaysia!
Naiknya minyak sebab pengurangan subsidi. Rakyat kita terlalu dimanjakan dengan subsidi. Jadi, apa salahnya kerajaan kurangkan subsidi minyak, bersyukurla wei! Jangan terlalu berharap dengan kerajaan, kerajaan dah banyak tolong rakyat Malaysia ni. BRIM yang korang dapat tiap-tiap tahun tu dah cukup sara 7 keturunan. Nak apa lagi? Korang nak BRIM ke nak harga minyak naik? Mestilah BRIM.
Belajar bersyukurlah manusia. Takkanlah kerajaan Malaysia ini zalim sangat nak aniaya rakyat sendiri. Dorang dah kaji semua pasal rakyat mereka yang disayangi ini. Purata gaji rakyat Malaysia ni RM5900. Banyak tu purata gaji korang. Takkan harga minyak naik 20 sen, nak bising satu dunia. Kalau selalu isi full tank RM30, isilah RM30.20, konfirm-konfirm tank penuh. 20 sen je doe.
Tun Dr. M yang pernah memegang jawatan PM kita menegur kerajaan Malaysia sekarang. Siapalah Tun nak dibandingkan dengan kerajaan Malaysia sekarang? Apa yang Tun buat sampai nak mengutuk kerajaan Malaysia sekarang? Tun ada bagi BRIM? Takde kan. Itulah lebihnya kerajaan Malaysia sekarang. Apa yang Tun buat dulu tak dapat dibandingkan dengan kerajaan Malaysia sekarang. Tun boleh elak kerajaan Malaysia yang dahulu berhutang dengan bank negara, Tun juga boleh mencipta revolusi perindustrian kereta sendiri, Tun mampu mencadangkan sistem punch card di Malaysia! Apa sangat lah jasa Tun jika nak dibandingkan dengan jasa kerajaan Malaysia sekarang yang beri sumbangan BRIM kepada kami, banyak membantu golongan hina kami membeli barang dapur selama 7 keturunan.
Harga minyak je pun naik. Barang-barang lain masih lagi di bawah kawalan kerajaan. Itu yang korang patut tahu. Yela, barang-barang ini dibawa dari tempat pemasaran pakai van. Korang tahu tak yang van sekarang pakai sistem solar? Mana ada pakai petrol. Lainlah kalau van pakai petrol, harga barang naiklah. Itu pun nak salahkan kerajaan lagi ke? Eh rakyat Malaysia baik hati.
Bersyukurlah Malaysia masih aman. Rakyat Malaysia masih lagi baik hati. Walau diri ditindas, masih lagi berfikiran positif. Itulah lebihnya kita sebagai seorang rakyat Malaysia.
Wahai kerajaan Malaysia, teruskan naikkan harga barang, kerana itu yang kami mahu. Kami masih lagi menunggu GST yang kami idamkan itu. Memang kami mengundi anda untuk memerintah kerajaan untuk semua kenaikan ini. Tahniah
Encik Ji : yahoo!
2 Komen untuk "Harga Minyak Naik, Rakyat Malaysia Gembira."
Hahhaa..statement perli baik punye! ><
Baca pon sedap. Tanpa bahasa kesat & lucah... tapi berisi panasss..!!