Sebab-Sebab Korang Takde Awek Mahupun Pakwe!



Artikel yang sangat berilmiah ini telah dikarang oleh penulis pada sekitar jam 1222 tengah hari yang mana ketika ini pancaran matahari sangat terasa sehinggakan rumah penulis yang beratapkan batu marmar ini pun boleh terasa bahangnya.

Bagi pengunjung yang masih lagi single ataupun dalam kategori available, harini penulis akan cuba mencari sebab kenapa dan mengapa serta bagaimana korang masih lagi single tiada berteman?Mungkin isi-isi artikel ini ada bersangkut paut dengan encik/cik pembaca atau mungkin tidak. Jadi jangan cepat menangis bila membaca artikel ini.

Antara faktor utama yang membuatkan korang ni takde awek mahupun pakwe ialah korang sendiri. Perangai macam haram jadah. Sape yang nak orang macamni dijadikan pasangan? Bagi itik pun tak sudu. Perangai haram jadah ini korang boleh tengok diri korang sendiri. Pandang daripada atas hingga lah bawah. Mulut terutamanya. Bercakap nak menyakitkan hati, gila babi betul orang yang sanggup jadikan mulut puaka ini dijadikan pasangan. Macam aku la, mulut puaka. Mana ada orang nak. HAHA,Jadi ubahla perangai yang macam haram tu. Kalau korang dapat laki atau bini sekalipun, hari-hari korang dimaki oleh deme-demi ni. Itu baru mulut, yang tangan panjang, nak mencuri aje kejenya pun satu hal. Siapa yang ajar korang mencuri? Bapak ko  penah ajar mencuri ke masa kecik2 dulu? Takde kan. So jangan jadi babi.

Faktor yang kedua ialah korang bajet/perasaan macho, hensem, cun, hot begetah. Bila orang nak ko, ko jual mahal macam jual daging lembu australia, walaupun muka tu takdela hensem sangat, ala kadar je muka. Nasib baikla ada orang sudi nak offer korang jadi bf/gf tu. Jenis-jenis macamni aku tengok belambak kat Malaysia ni. Yang jantan nak yang cun2 aje, yang cun xnak walaupun muka macam cipan, yang pompuan pun tak nak kalah, nak yang putih ala-ala korea, tapi muka sendiri dengan tapak kasut tak jauh beza. Jadi, janganlah terlalu memilih kalau rasa nak dikasih.

Faktor ketiga ialah korang pemalu hingga orang tegur pun tak layan. Tak salah jadi pemalu weh, sebab malu tu kan sebahagian iman. Tapi beragakla malu kan. Kalau orang datang rumah beraya tu, tunjuk2la muka walaupun tak hensem atau cun, barulah orang kenal. Paling tak pun, ada jugak makcik-makcik yang datang beraya tu nak offer korang jadi menantu. Tak gitu? Betapa positifnya aku. Cuba kawal kemaluan korang tu secara berhemah. Barulah hidup menjadi lebih indah.

Faktor keempat ialah korang memang tak nak ada pakwe mahupun makwe sebenarnya. Hidup korang selesa bersendiri. Korang yang termasuk dalam golongan ini ada 2 jenis. Samaada korang betul2 tak suka ada kapel ataupun korang munafik buat2 tak suka kapel. Golongan yang buat2 xsuka kapel ini jenis xde prinsip dan hidup bermuka-muka. Kalau dah tak laku, terima jela. Tak payahla poyo buat-buat tak teringin pun kapel. Belambak-lambak spesis macam tu aku dah jumpa. Ke korang pun spesis ini? Ish.

Faktor terakhir ialah diri korang dipayungi oleh Allah. Mereka yang sentiasa dekat dengan Allah, cinta mereka telah dipelihara hanya untuk yang benar-benar layak untuk mereka. Jarang sekali orang macamni kita boleh lihat di akhir-akhir zaman ini, tapi masih lagi ada golongan ini. Jadi, jangan cepat melabel seseorang itu tak laku. Bahkan mungkin mereka itu lagi suci daripada kita yang dah macam barang tukar ganti, asyik berpindah randah. Murah sangat tu. HAHA

Ini adalah antara faktor yang berjaya aku kaji dalam masa setengah jam ini. Mungkin sedikit sampah, tetapi mungkin berguna untuk sebahagian daripada korang. Korang munasabah diri sendiri, pilihan di tangan korang.

Encik Ji : tak suka barang second hand.


3 Komen untuk "Sebab-Sebab Korang Takde Awek Mahupun Pakwe!"

Amboi Encik Ji.... membebel ke mengkaji.. hehe. Apa2 pun jodoh tu Allah yg tentukan. Kadang cinta bertahun belum tentu kahwin. Bila dah sampai jodoh, kenal sebulan dua... eh menjadi pula. 😊

Ape ni? Ape ni? Ana kategori mane? Cehhh..uji kaji la sgt. Hahaha. XD kalau yang susah nak jatuh cinta tu camne pulak? Haaa. Mohon encik Ji kaji. =P

Xpe la xde pun... Asalkan jmpa suami dan cinta sejati... :-)

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X