Rundingan telah dilakukan oleh wakil Penasihat Khas Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Yaman, Jamal Benomar bersama-sama dengan ketua puak pemisah iaitu Abdul Malek Al-Houthi di kediaman mereka di Sadaa.
Stesen Tv utama di Yaman telah di tawan oleh skuad pemisah kaum Houthi setelah cadangan mereka untuk meminta kerajaan yang sekarang ditukar kepada kerajaan baru ditolak. Mereka juga meminta untuk mendapatkan subsidi minyak yang selama ini ditolak oleh kerajaan pimpinan Yaman sekarang.
Berikutan dengan itu, puak pemisah Houthi berjaya mengambil alih hak penyiaran di stesen Tv yaman dan telah mendesak ketua kerajaan memerintahkan perintah berkurung di 4 tempat di sekitar yaman.
Pertempuran selama 4 hari itu telah mengorbankan anggaran 100 orang dan memaksa penerbangan antarabangsa ke Sanaa ditutup.
Suku kaum Houthi adalah suku kaum yang memegang faham Syiah Zaidi dan merupakan salah satu puak yang digeruni oleh masyarakat berikutan dengan kekuatan mereka. Suku kaum Houthi digelar Al-Shabab Al-Mu'min. Mereka mula aktif pada tahun 2004 dan mula melakukan rampasan kuasa di 3 tempat di Yaman iaitu Saada, Al Jawf dan juga Hajjah. Ini membolehkan mereka bebas untuk bergerak masuk melalui Laut Merah.
Ahli pergerakan aktif Houthi dikatakan telah mencapai kepada 100,000 pejuang bersenjata yang mana pada 2005, mereka hanya mempunyai ahli sekitar 1,000 kepada 3,000.
Untuk berita lengkap dan video, boleh ke laman web Al Jazeera di bawah.
http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2014/08/yemen-houthis-hadi-protests-201482132719818986.html
Encik Ji : Dorang lek2 je perang, mintak jauhla. Tak dapat royalti pun takpela kerajaan. Lalala
1 Komentar untuk "Kini Giliran Yaman Bergolak! Eksklusif Dan Terhangat Daripada Aljazeera! "
Baru malam td ana bace post kat fb pasal Yaman. Ni semua kes puak2 syiah. Yang tak bestnye, ade student Malaysia yang cedera. Hurmm..