Kebenaran #2 : Lelaki Melayu Mahukan Perempuan Solehah?


Tidak dapat dinafikan, mencari yang solehah itu menjadi impian setiap lelaki melayu di muka bumi, tidak kira melayu di bumi Malaysia mahupun di bumi afrika sekalipun. Tetapi lelaki melayu mempunyai 1 masalah lupa iaitu  masalah lupa diri.

Tidak salah untuk mencari perempuan yang solehah, tapi tepuk dada tanya diri, layakkah diri korang untuk seorang perempuan yang bergelar si solehah?

Kadang-kadang aku rimas dengan kawan-kawan aku sendiri yang berlagak mahukan perempuan alim tapi diri sendiri perangai macam setan. Hidup merosakkan dara gadis-gadis malaysia, tapi berangan nak jadikan perempuan alim sebagai isteri sehidup semati. Sampah la prinsip lelaki melayu perasan bagus macamni.

Perempuan sexy ni untuk jadi awek je, yang alim-alim kita buat bini. Itulah yang menjadi pegangan lelaki melayu bangsat. Mereka lupa yang diri mereka tu dah umpama sampah di mata perempuan. Dorang ingat perempuan ni barang tukar ganti. Dah tak nak guna, rosak, boleh buang sesuka hati, cari yang baru.

Jangan lupa janji Allah, yang baik akan dikurniakan yang baik. Jangan sibuk mencari yang solehah, baiki diri sendiri menjadi soleh dahulu. InsyaAllah kurniaan Allah itu pasti.

Encik Ji : sampah ke aku? :'(

http://janganignore.blogspot.com/2014/09/kebenaran-1-perempuan-melayu.html

2 Komen untuk "Kebenaran #2 : Lelaki Melayu Mahukan Perempuan Solehah?"

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Semoga anak2 kita terselamat dari fitnah akhir zaman. AMIN..

Setuju.. igtlah janji Allah itu pasti.. =D

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X