Kahwin Baru Nak Pakai Tudung?
Pemahaman salah tentang konsep menutup aurat yang makin berleluasa di Malaysia sekarang. Dah kahwin baru nak menutup aurat, kononnya sayang suami, tak nak suami menanggung dosa-dosa kering yang mereka buat.
Konsepnya memang betul, bertudung untuk mengelakkan suami mendapat saham akhirat, tetapi adakah mereka lupa, selain manusia bersama suami, sebelum berkahwin, mereka ada seseorang yang bernama ibu bapa? Atau mereka redha si bapa menanggung dosa mereka, tapi tidak kepada si suami. Itu yang aku nak cakap betapa singkatnya pemikiran.
Kalau tujuan korang nak pakai tudung untuk mengelakkan saham itu dibahagi kepada yang tersayang, ada baiknya korang fikir daripada awal lagi, kerana ibu bapa juga mendapat sedikit sebanyak tempias atas alasan gagal mendidik. Jangan jadi manusia bangsat, takde hati perut. Suami dibelai, ibu bapa dibuang.
Nonsense.
Jadi, kepada siapa-siapa yang bagi alasan sampah ini untuk menutup aurat, berhentilah sekarang. Sesungguhnya alasan itu tak dapat diterima akal aku. Bagi aku, alasan itu lebih kepada menghina ibu bapa korang sendiri. Si bapa gagal mendidik! Datang seorang hero, mengubah seorang yang hina menjadi bidadari syurga, Itu yang ko nak orang fikir?
Bye ibu! Bye bapa. Anakmu akan ke jannah bersama suami. Tinggallah korang mereput di neraka jahanam sana kerana bagi anakmu ini, suami segala-galanya.
Encik Ji : syurga lelaki sentiasa pada ibu bapanya.
4 Komen untuk "Kahwin Baru Nak Pakai Tudung?"
so true.. sapa yg pegang pada konsep nih mmglah teruk... TT^TT
betul betul betul .. 100%
Setuju...sian mak ayah...
Agree! Sebenarnye bergantung pd mak ayah sendiri, kalau dari kecik dia didik anak bertudung. Insya-Allah ke besar pakai tudung. Kalau dari kecik tak pakai tudung, mmg ke besar xpakai tudung. Akhlak kita bergantung pd cara didikan mak ayah sedari kecil.