Dr. Zakir Naik, Pejuang Islam Unggul


Dr Zakir Abdul Karim Naik dilahirkan di Mumbai pada 18 Oktober 1965 yang merupakan seorang ulama, pendakwah bebas dan seorang penceramah yang fokus kepada perbandingan agama. Beliau memiliki Sarjana Perubatan dan Bedah (MBBS) dari Mumbai University dan berjaya menjadi seorang Doktor pakar. Walaubagaimanapun, pada tahun 1991, beliau mengambil keputusan untuk berhenti daripada menjadi seorang doktor dan mula aktif di dalam bidang dakwah.

Beliau merupakan pengasas kepada Islamic Research Foundation (IRF) yang memiliki siaran TV sendiri di India iaitu Peace Tv. Beliau mendapat inspirasi berdakwah secara aktif melalui Ahmed Deedat, seorang cendekiawan Islam yang merupakan seorang penceramah perbandingan agama yang hebat.

Di samping kehebatan Zakir Naik berhujah, banyak kontroversi yang dikaitkan dengan penceramah ini apabila mengeluarkan pendapat sendiri berkaitan hukum agama. Beliau juga dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Wallahualam.

Walaubagaimanapun, ramai yang sudah memeluk agama Islam apabila bersoal jawab dengan Dr Zakir Naik.

Bagi yang berminat melihat Dr Zakir Naik menjawab persoalan perbandingan agama, boleh terus ke link di bawah, koleksi-koleksi video Zakir Naik yang menjawab persoalan daripada atheis dan penganut agama lain.

Kenapa Tuhan Tidak Datang Sendiri Menyelesaikan Masalah Dunia
Konflik dalam Islam
Hijab dan Wanita

Encik Ji : Hidup berdakwah, dijanjikan syurga
2 Komen untuk "Dr. Zakir Naik, Pejuang Islam Unggul"
 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X