Cerita Cinta Drama Melayu Sampah. Kahwin Paksa, Bercinta Lepas Kahwin, Konflik, Bahagia Sampai ke Tua

Tajuk artikel aku yang sememangnya panjang lagi maha sampah tu menunjukkan betapa berseninya aku.

Aku pun tak fahamla apa masalah pengarah drama melayu sekarang. Dah mati kutu nak buat drama ke. Ulang-ulang cerita drama cinta kahwin paksa. Apa ke bangang sangat cerita macamtu. Aku yang tengok pun join bangang. Elok sangatla tu, kenapa aku bangang sangat. HAHA

Pengarah-pengarah ni tak pernah tengok tv ke? Berlambak-lambak cerita macamtu kat tv Malaysia ni. Agungkan sangat maha karya skrip tu. Aku bukan nak marah, bukan nak jeles, cuma nak bagitau, yang hakikat sebenar, kucing yang 9 nyawa pun boleh mati bosan tengok crita genre macamni.



Apa kata pengarah yang bijak, hensem, bergaya, kreatif,terbaik buat cerita cinta si kucing dan anjing. Menarik dak? Kisah bagaimana seekor anjing yang bersusah payah merentas 18 negara di sekitar eropah dan akhirnya sesat di sebuah kepulauan morocco yang dipenuhi dengan anjing, dan akhirnya jatuh cinta dengan anak seekor anjing yang sangatlah comel, dan akhirnya berkahwin. Konflik cerita, anjing dan kucing tak dapat berkahwin atas perbezaan taraf. Ending cerita, anjing mati kena langgar dek lori. THE END. Nampak tak betapa sampahnya idea jalan cerita aku? Konfirm2 tak laku. HAHA

Apa yang aku nak hightlightkan di sini, be more creative, innovative and descriptive. Dah2la cerita kahwin paksa tu. Naik muak dah tengok. Dahla aku ni jarang tengok tv. Alih2 tgk tv, jalan penceritaan sama, cuma di tambah konon-konon sweet kaku tahap cipan.

Lepasni adalah suara-suara halus cakap aku tak sokong cerita melayu. Cerita english, india, cina, taiwan, belanda, perancis, brazil sekalipun, kalau jalan cerita macamtu, buang ke laut, laut tolak balik taw dak? Menyokong tak semestinya jadi bodoh. Marah betul ni? HAHA

Aku harap para pengarah carila skrip cerita yang menarik pasni. Orang malaysia ni kreatif-kreatif, Berlambak skrip yang power boleh jual. Nak ke tak je.

Encik Ji : suka tengok spongebob.
4 Komen untuk "Cerita Cinta Drama Melayu Sampah. Kahwin Paksa, Bercinta Lepas Kahwin, Konflik, Bahagia Sampai ke Tua"

Agree! Thats why laa ana tak pernah layan drama melayu yg skrg. Alih2 kawin paksa pastu akhir bahagia dapat anak. Entah pape. Idea dah beku agaknye. Cer buat jalan citer cam citer korea ke omputeh ke. Best sikit.

amboi,tajuk bukan main.. saya pun jarang sangat layan drama melayu. klise sangat. cerita sama dna boleh agak episod akan datang mcm mana jadinya..mcm psikik pun ado saya ni..hahaha

pasangan2 yang belum kahwin pun ada dok berpegang2 tangan,, belai rambut perempuan,, dsb.. akibat dr cerita melayu.. nie pendapat sy je,, org lain xtahu la,, ITU LAH MELAYU, CINTA CINTA CINTA, budak sekolah pun dah pandai bercinta tau

Dah masuk 2017 pun, usahkan nak berubah, semakin bangang ada la. Elemen klise dan streotype nampaknya dah diterima sebagai etika budaya senilakon di negaraku ini. Konon kamilah pewaris pejuang seni terdahulu.

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X