Puasa dipermainkan

Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. Nisfu syaaban yang bermaksud setengah daripada bulan syaaban menjelma. Seeloknya bulan syaaban ini diisi dengan amalan-amalan sunat.

Secara teorinya, kebanyakan orang sudah mengetahui yang puasa itu menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Tetapi secara hematnya, ianya perlulah disusuli dengan amalan-amalan wajib mahupun sunat ketikamana kita berpuasa. Adakah berbaloi menahan lapar dan dahaga hanya sekadar mencakupi keperluan rohani berbanding dengan nikmat sebenar puasa itu sendiri?

Bagi korang yang pernah tinggal puasa di ramadhan yang lepas, sudahkan tunaikan tanggungjawab korang untuk qada nya?

Selalunya qada' puasa dikaitkan dengan perempuan, yang memang takleh lari daripadanya, tetapi ada juga daripada golongan lelaki yang memperlekehkan nikmat puasa itu sendiri.

Aktiviti manusia masih sama , tiada bezanya. Cuma mungkin, adanya bazar-bazar ramadhan yang memenuhi pelusuk negeri.

Bagi peringatan kepada semua, berubahlah daripada yang baik kepada yang lebih baik. Jika sebelum ini, aurat tidak dijaga, jagalah nya. Jika sebelum ini, mulut tidak pernah henti berkata-kata, gantikanlah dengan zikir memuji Allah.

Tetapi hakikatnya, masih ramai lagi memperlekehkan bulan ramadhan. Golongan-golongan lelaki yang kurang ilmunya cuba mencari peluang mencuri-curi makan, tidak kurang juga yang tidak malu-malu makan di hadapan khalayak ramai. Kononnya bangga yang dia mampu buat apa yang orang lain cukup takut.

Qada puasa diabaikan. Sehinggakan berpuluh-puluh tahun hidup, tidak pernah sekali digantikan puasanya. Yang mana sepatutnya, jika tidak diqada' puasa sebelum ini, haruslah dibayar fidyah. Tetapi semua itu diabaikan tanpa memikirkan kesan dan akibatnya pada masa akan datang.

Kelab-kelab malam masih lagi menjadi permainan harian. Alasannya, pada waktu malam, sudah bebas daripada puasa. Jadi, hiburan pada malam haruslah diisi sedangkan kemanisan tarawikh tidak pernah dijamah.

Maksiat masih lagi berleluasa. Puasa tidak membataskan pergaulan antara lelaki dengan perempuan. Masih ada lagi yang mengambil kesempatan di bulan puasa untuk melakukan zina. Hotel-hotel murah mahupun di dalam kereta dijadikan sarang melepaskan nafsu. Tanpa memikirkan , sucinya bulan ramadhan itu.

Aurat masih lagi didedahkan. Walau kita punya nafsu untuk berfesyen menyeleweng daripada Islam, tetapi cubalah hormati orang yang berpuasa. Puasa bukanlah setakat puasa mulut, tetapi adanya puasa mata mahupun telinga. Jangan disebabkan kita, rosak puasa manusia.


Encik Ji : countdown to puasa.
8 Komen untuk "Puasa dipermainkan"

nice entry! semoga ramadhan kali ini membawa keberkatan kpd kita semua :)

nasihat yang baik...tq!!

huhu. nk qada' kan puasa ni. kalau ada lelaki yg tertinggal sebelum ni, qada' la cpt2. jgn nk perlekehkan. xkan nk suruh tea plk yg tlong gntikan? huhu.

en ji dah ganti puase lom?? ekekke

:P penuh thun lpas. malu kt anak2 je. hehe

Terbaik daripada bro

teruskkan menulis.. :)

ish3. insaf. nasib baik belum pernah sesat-sesat sangat.

betul tu. banyak cakap tapi tak buat.

tak sabar nak berpuasa XD

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X